13 perkara yang perlu wanita ISLAM jaga

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki
(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan
dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung
yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain
tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah
An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi
atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat
At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan
tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim
dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu
lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
– Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah
mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur
Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan
yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama
sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah
Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang
minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan
oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka –
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,
puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka
masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis
Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir
antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan
terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di
hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan
Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud :
Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh
dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat
dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga
dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
p/s: sape yg nk share silakan.. bole share an kwn2 laen..