9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG
Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah
ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak
sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.Imam
Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang
itu fardu.
Masya-Allah.. tanak masuk golongan nih.. plg menyedihkan...
Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak
betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara
resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini
tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah
Taala.
Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini
sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang,
kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah
bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak
khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak
faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang
yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal
saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka
wail bagi orang ini.
Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham
setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak
dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara
dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan
sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main
tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai
pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa,
berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan
sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap
kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai
Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan
ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya
menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana
tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk
itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah
ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya
tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara
langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya
tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun
yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan
tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan
ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan
sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,
malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap
kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap
sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat
langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan
alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir
dengan Allah )
Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi.
Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia
dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia
sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia
telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini
dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah
terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka
didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan
sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak
lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan.
Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya
pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang
benar dan haq.
astaghfirullah.. rase kerdil..
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah
kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang
boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh
mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan
akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti,
manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari
sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada
kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki
solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman,
semoga tertegak kembali daulah Islam.
...HIDUP ini amat bermakna jika
segalanya kerana ALLAH..