kelebihan isteri tak chantek


Isteri anda tak berapa nak
cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga
bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga
suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti
wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan,
karier, wang…
apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?
Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:
LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan
macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang
biasa-biasalah.
Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat
rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!
LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau
jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada
yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan
sebagainya.
RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena
matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai,
apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya
sendiri, semua hantar ke kedai dobi.
Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua
pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang
malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan
pula. Hehehe….
LEBIH TAAT
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang
cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua
keluarga”.
RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen
menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk
berpisah.
Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang
kaya yang menunggu di luar.
Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik,
menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama
perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai
dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak
cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.
Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan
diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi
jangan jadi senarai di atas sudah la.
: : copy paste dr email.. (:
|