Owner ![]() who I am ![]()
| program Jom ke kampung part 1
Assalammualaikum..
Pada jumaat lepas bersamaan 22/2/13, kelas Dat6C mengikuti program Jom ke kampung di Sabak Bernam,Selangor. Memang excited gile ! dekat sana kami dibahagikan kumpulan dan duduk di rumah mak dan ayah angkat ! hehe. Nurin satu kumpulan dengan Tira, Ika , Fara dan Azi. Perjalanan dari Merlimau ke Sabak Bernam mengambil masa 4jam ! fuhh ! penat ! walaupun ta bawak bus tapi penat duduk lelame.
Sampai di sana kami terpegun dengan keindahan sawah padi. nak jerit rasanya ! First time pergi sawah ! hehe.. Jakun kejap. Kami sampai pukul 8 lebih gitu. Selepas mendengar taklimat serba sedikit berkenaan program ini selama 3 hari, kami diagihkan mengikut rumah. Nurin dan geng nurin duduk di rumah En. Azizan. Pakcik tu memang lawak ! Dalam perjalan ke rumah beliau, kami berborak dengan pakcik tu. Kata pakcik memang di kawasan kampung Hj Dorani ni mengambil anak angkat dan mereka semua mengambil kursus untuk membuat program ini. Sampai je di rumah dia, apa lagi . bantai tido ! haha ! esok nak bangun awal kan..
Keesokannya, lepas je solat subuh dan sarapan kami bergerak ke homestay Hj Dorani. Sampai dekat sane, kawan-2 laen da sampai dulu. kitorang bergambar.. hehe. ni gambar group nurin.
Lepas tu kami semua diberi kain yang dah siap canting untuk diwarnakan. huhu. semua berebut nak yang cantik. tapi.. lepas color cantik ta?? haha.. no comment. nurin tak kreatif mane. bab color-2 ni fail sikit. bukan sikit, banyak ! haha..
ni la hasilnya.. lawa tak ? hehe.. ni je mampu. lepas je warna batik ni. kitorang semua tumbuk padi. tade pic la. ta sempat amik. heheh.. then balik ke rumah mak angkat untuk makan tengahari. selesai makan dan solat,
kami dihantar semula ke homestay hj Dorani. aktiviti petang adalah membuat layang-2 dan menggagau ikan @ tangkap ikan ! hee. da siap layang-2 kitorang naekkan. angin kuat . senang je naek. tapi ade jugak yang tak naek-2 . ni nurin puye..
tinggi je kat atas tu kan.. lepas tu..
akhirnya jatuh dalam parit ! huhu ! ni sume gara-2 tiang letrik tu ! sangkut kat situ. bile nak turunkan angin tade terus jatuh parit ! sedih !! malu je. lepas je maen layang-2, dorang pergi menggagau ikan keli. nurin tak turun cz tak bawak baju. t basah dan kotor. tak mahu !
dengan lumpur-2 tu.. eu. eu.. hehe.. nurin paling tak suka ikan keli. nak siang susa. nak mati susa. nak masak susa . huhu. . jauhkan dari saya !! sambil tu nurin amik gambar.. lalala.. hee
tetiba boleh pulak hujan ! LARI-2 ! lepas tu ape yang jadi ?? haa.. tunggu part 2 jom ke kampung :p
xoxo Nureen
|