Mrs Nureen
Follow | Dashboard

Owner

call me nureen and for ur info i'm taken by Nazreen Zulkifle


Entries About Love


who I am

childish
stubborn
talk-active
caring
cute



My Beautiful Malaysia :)

Assalammualaikum...


Pada hari sabtu.. hehe.. macam baca buku cerita pulak. hurm. Sebenarnya nurin dapat mesej daripada wakil kelas. "Sesiapa ingin mengikuti program Beautiful Malaysia sila beri nama pada PA. Makanan, baju, sijil disediakan. No payment ! Pada hari ahad pukul 5pagi mesti ada di depan Dewan Platinium." OH my ! yang 5Pagi tu ta sangup ! huhu.. Akhirnya nurin pergi jugak. Nak tahu kenapa? Athira Wahid ugut nurin ! Nak tak nak kene pergi jugak ! huhu.. Pukul 4pagi da bangun. Selain nurin dengan Athira, Mira and Suhaida pon pergi jugak. Dorang budak rumah nurin. Budak kelas nurin pon pergi jugak. Dalam separuh kelas lah jugak.. Yang selebihya kelas lain. Nak tahu tak. Kitorang ni tak tahu pon Beautiful Malaysia ni program ape.. Ingatkan pasal kecantikan ke ape.. Nak tahu korang kena bace sampai habis..

Pukul 5.30 am..

Kami semua menaiki bus masing-masing. Ada dua bus dari Politeknik Merlimau Melaka. Of course la bus yang nurin naik majoriti kelas nurin kan. Kecoh la jugak. Mane taknye. Kalau Dayah ade mesti happening. Happy jea dengan dia !

Pukul 6 am..

Kami diberi masa 20 minit je nak solat and pergi toilet.

Pukul 6.30 am - 9.am..

Kami membongkang dalam bus ! haha

Pukul 9 am..

Kami tiba di Putrajaya. Baju diagihkan dan makanan. Yang peliknya ada CANGKUL !? Untuk ape ea??

Pukul 9.20 am.

Kami berhenti di kawasan Pangsapuri Persient 11 . Sampai di situ kami diberi sedikit taklimat. Kata urussetia "Kita disini akan membuat program GOTONG-ROYONG.. Jadi kami akan agihkan glove, plastik, cangkul, penyapu, penyodok.. bla bla bla.."

WHAT !?? GOTONG ROYONG !! aduii.. Kami datang sejauh ni untuk gotong royong !! huhu.. mama ! nak balik... :'(

Pukul 9.20-11.30 am..

Kami bersihkan kawasan perumahan. Sangat kotor okay ! huh.. geli tao ! Sambil tu sempat bergambar.. lalalala

Pukul 11.30 -12.30 pm

Kami diberi makanan dan rehat. dengar sedikit taklimat. Temu bual dengan urussetia then balik.. tu jea..Sepatutnya ade ucapan dari PM. Tapi disebabkan kitorang lewat. PM  pergi Petaling Jaya. Untuk pengetahuan korang semua, program ni dibuat di seluruh Malaysia. Setiap negeri ada.. Ada makcik tu tanya "Orang Melaka bersihkan Putrajaya, Orang Putrajaya bersihkan Melaka ke??" hehe.. entah la makcik.. Ikutkan aje... Kami sampai poli dalam pukul 3. Balik tu semua tidur dalam bus ! Penat sangat !! :")