Owner ![]() who I am ![]()
| Ku pilih hatimu
Assalammualaikum..
“Assalamualaikum
awak…”
Aku berpaling ke arah lelaki yang
menegurku sebentar tadi sebelum mendengus.
“Waalaikumussalam.”
“Kenapa duduk sorang-sorang kat sini?”
Tanya lelaki itu lagi membuatkan aku mula tak selesa. Sesekali mataku
meliar-liar ke kiri dan ke kanan. Bimbang ada mata-mata yang memandang.
“Kenapa dengan kau ni?” Soalku kasar
tanpa menjawab soalannya tadi.
Aku tergamam apabila melihat dia
tersenyum walaupun baru lepas diherdik oleh aku. Selalunya bila kena marah
dengan aku, terus orang pergi tempat lain. Ni dia boleh pulak tersenyum?
“Nama saya Farhan. Awak?”
Boleh pulak dia tanya nama aku?! Biar
betul budak ni?! Aku berdehem sedikit sebelum bangkit dari dudukku. Baik aku
pergi dari sini sebelum ada mulut-mulut yang membuat cerita pasal aku dengan
Farhan ni.
“Awak, nak pergi mana tu?” Dia sudah
berlari anak mengejar langkahku yang laju. Semakin dia dekat, semakin cepat aku
berjalan. Bila dah tak tahan, terus aku berhenti lalu memandang mukanya dengan
muka yang bengang.
“Kau ni kenapa? Tetiba nak ikut aku!
Pergilah tempat lain.” Marahku. Sedaya upaya aku menahan diri aku dari
bertempik dekat sini sebab aku bimbang jugak kalau aku menjatuhkan air muka dia
nanti. Walaupun aku serabut dengan dia, tapi aku takdelah sekejam tu.
“Saya nak kawan dengan awak.” Ucapnya
perlahan sambil menyebak rambutnya ke belakang. Aku pandang muka tampan dia
dengan riak tak percaya. Lelaki yang tampan macam dia ni nak berkawan dengan
aku? Mungkin dia tak sepopular Syazwan sebab dia baru masuk, tapi aku selalu
dengar nama dia ni di mulut-mulut pelajar perempuan kat sini tapi seperti
biasa, perempuan yang suka memencilkan diri macam aku ni, malas nak ambik tahu
pasal dia ni.
“Ada orang cabar kau eh? Aku tahu mesti
ada ni!”
Farhan terus ketawa mendengar kata-kata
aku. Aku mencebik geram. Orang tanya betul-betul. Dia main-main pulak! Ada yang
kena debik karang.
“Kau tu budak baru kat sini. Kadang-kadang
tu ada je orang nak suruh kau buat jahat. Dahlah, aku nak balik kelas.”
Baru aje aku nak melangkah, tiba-tiba
dia berdiri di depan aku dan menghalang aku untuk berjalan. Bila aku ke kiri,
dia pun ke kiri. Bila aku ke kanan, dia sibuk jugak nak ke kanan.
“Ya Allah, tertekannya aku!” Aku
menjerit sikit bagi meluahkan rasa geram aku padanya. Dia pulak boleh tersenyum
sebelum menghulurkan sesuatu kepada aku.
“Ni nombor phone saya. Kalau ada
problem, call ataupun mesej la ye.” Selepas cakap macam tu dekat aku, dia terus
berlari meninggalkan aku yang terpinga-pinga dengan kertas yang tertulis nombor
telefonnya di tanganku. Gila ke apa aku nak mesej dia? Hah, takdenya!
**
Esoknya, sekali lagi aku diganggu oleh
Farhan yang menunggu di depan pintu kelas ketika waktu balik. Aku hanya
menjeling sebelum melangkah pantas meninggalnya di belakang. Walaupun aku
mendengar dia menjerit memanggilku, tapi aku buat derk aje. Malas nak melayan.
Nanti makin dilayan, makin dia mengacau. Serabut!
“Alia! Awak ni kan…”
Aku berpaling ke sebelah kanan. Bila
masa dia dapat kejar aku ni? Rasanya dah habis laju, aku melangkah. “Kau nak
apa?”
“Kenapa tak call dengan mesej saya
semalam?”
“Buat apa?”
“Tanyalah pasal pelajaran ke walaupun
saya tahu awak memang budak pandai.”
Aku hanya mendiamkan diri. Takde mood
nak berbual dengan dia. Aku memang macam ni. Ramai yang cakap aku sombong tapi
diorang bukannya tahu apa-apa. Bagi diorang, Nur Alia ni budak yang sombong.
Yang tak reti nak bergaul dengan orang. Yang tak reti nak senyum.
“Alia… saya ikhlas nak jadi kawan awak.”
Entah kenapa kali ni aku terus berpaling
ke arahnya. Melihat senyumannya yang kelihatan ikhlas, membuatkan aku kaget.
Biar betul dia ni?
“Kau pelik.” Luahku tiba-tiba dan
menyebabkan mukanya dia terus berubah.
“Pelik?”
“Takde orang nak kawan dengan aku
sebelum ni. Tiba-tiba kau datang dari mana entah dan cakap kau nak kawan dengan
aku.”
Dahi dia berkerut. “Apa yang peliknya?
Oh ye, saya dari Kuantan bukannya dari mana entah.” Sempat lagi dia sindir aku
tapi di bibirnya, masih lagi terukir senyuman manis untukku.
“Jangan guna „saya awak‟,
boleh tak? Kalau nak jadi kawan aku, jadi kawan yang betul. Aku rasa janggal
bila aku guna „aku kau‟, kau pulak guna „saya awak‟.”
Balasku, akhirnya menerima salam persahabatan dia. Aku terima dia sebab satu
aje. Dia ikhlas dan aku boleh nampak dari mata dia.
“So, kau terima aku jadi kawan kau?”
Tanyanya meminta kepastian. Aku mengangguk seraya tersenyum. Senyuman yang
jarang sekali terukir di bibirku.
“Kita kawan.” Ucapnya turut tersenyum.
Persahabatan aku dan Farhan berjalan
dengan baik walaupun ada yang cemburu melihat aku berkawan dengan dia. Kalau
nak diikutkan, Farhan tak sombong. Dia memang peramah dengan orang lain, berbeza
dengan aku yang memang tak berapa nak peramah ni tapi ada jugak yang nak
cemburu. Yang cemburunya tu selalunya perempuanlah. Macam yang aku pernah cakap
dulu, Farhan memang agak popular di sekolah. Sekarang ni pun, populariti dia
makin menaik lepas dia masuk bola sepak. Dahlah semua pemain bola sepak sekolah
hensem-hensem. Aku yang hati batu ni pun kadang-kadang tu gugup jugak bila
kawan-kawan bola sepak Farhan datang tegur aku.
“Hari ni aku ada perlawanan persahabatan
dengan sekolah depan tu. Kau datang tau.” Ujarnya ketika aku terserempak dengan
dia masa nak pergi ke tandas.
“Err… tengoklah dulu. Aku tak boleh nak
janji. Hari ni abang sepupu aku tu nak datang. Aku kena tolong mak aku masak.”
“Ohh…” Mukanya berubah menjadi mendung.
Bukannya aku tak nak tengok dia berlawan tapi aku kena tolong mak aku. Kesian
pulak mak aku masak sorang-sorang nanti. Lagipun, selama ni aku pergi apa
tengok dia berlawan. Kali ni je tak.
“Takpelah kalau macam tu. Tapi lain
kali, kau datang tau.”
Aku mengangguk sambil tersenyum. “Lawan
elok-elok. Aku doakan kau menang.”
Farhan mengangguk sebelum berlalu pergi
ke arah kelasnya. Aku pulak hanya memerhati langkahnya yang semakin menjauh
sebelum mengatur langkah ke tandas.
**
“Ni kawan abang. Nama dia Rayyan.” Aku
tunduk kepala sedikit sebagai tanda hormat pada kawan Abang Saiful. Wajah
Rayyan, aku pandang. Orangnya tinggi hampir sama dengan Abang Saiful tapi
langsung takde senyuman di bibirnya. Dia hanya memandangku dengan muka tanpa
riak. Sama macam muka aku sekarang. Mak dah ke dapur lepas menyambut Abang
Saiful dan Rayyan.
“Ohh…” Hanya itu yang terluah dari
mulutku. Aku menyuruh Abang Saiful dan kawannya itu duduk dulu di ruang tamu
sementara mak dan aku menyediakan makanan. Baru aje aku nak melangkah ke dapur,
tiba-tiba Abang Saiful memanggilku.
“Apa abang?”
“Abang Rayyan ni nak pergi bilik air.”
Aku memandang Rayyan yang sudah berdiri.
Aku mengangguk sebelum menyuruh Abang Rayyan mengikut aku ke dapur. “Tu bilik
air…”
“Terima kasih…” Ucapnya tanpa nada dan
terus melangkah ke bilik air. Aku hanya menjongket bahu apabila melihat
perangai dia. Macam tengok cermin pun ada. Dia dingin, aku dingin. Dia sombong,
aku sombong! Macam mana Abang Saiful boleh berkawan dengan dia? Abang Saiful
kan peramah, banyak mulut… Dia pulak pendiam, dingin.. Haa! Apa nak dikisahkan?
Aku dengan Farhan pun macam tu jugak.
“Kamu merepek apa sorang diri tu, Alia?”
Tegur mak sambil tersenyum. Aku hanya tersenyum sumbing sebelum menghampiri
emak yang sedang menggoreng ikan.
“Kamu suka kawan abang kamu tu ye?” Kali
ni mak berbisik di telingaku.
“Hah?” Aku terkejut. “Mana ada, mak.”
Aku cepat-cepat menidakkan.
“Dah kamu asyik tengok-tengok dia.”
“Dia tu macam Alia. Dingin.” Balasku sambil membasuh
kailan. Kalau masak belacan ni, memang sedap!
“Lagilah sesuai. Dua-dua dingin.” Usik mak lagi.
“Mak… tak naklah.” Aku berpura-pura merajuk. Mak
pulak hanya ketawa kecil sebelum mencubit pipiku.
“Sekejap je kamu dah besar. Lepas STPM, dah belajar
kat luar. Tinggallah mak dengan ayah dekat rumah.”
Aku memeluk bahu mak sebelum mencium pipi mak yang
dah berkedut sedikit. “Janganlah sedih, mak.”
“Mak tak sedih. Alia pun tahu kan, mak nak anak mak
berjaya. Abang kamu dah kerja dengan kahwin. Kakak kamu pun dah kerja. Sekarang
ni, giliran kamu pulak. Mak bahagia…”
“InsyaAllah, Alia akan banggakan mak.”
Aku terus mendiamkan diri apabila mendengar pintu
bilik air dibuka. Abang Rayyan mengukir senyuman untuk mak sebelum melabuhkan
punggungnya di kerusi makan. Aku memandang dia dengan pelik. Dia tak nak pergi
depan ke?
“Eh, Rayyan… Duduklah depan. Nanti dah siap, mak cik
panggil kamu.”
Rayyan hanya tersenyum sebelum menggeleng. “Takpelah
mak cik. Menyusahkan mak cik pulak nak masak.”
“Eh, takdelah. Mak cik memang suka kalau Saiful
balik.”
Aku menjeling Rayyan sekali lagi. Kali ni, dia sudah
bergerak ke sebelah aku yang tengah nak menumis.
“Abang nak masak, boleh?” Tanyanya padaku yang dah
tercengang. Aku hala pandangan ke arah kuali sebelum kembali memandang ke arah
dia.
“Ni?”
“A‟ah. Boleh?”
“Nak masak apa?”
“Kailan goreng belacan.”
Aku tercengang. Apa kena pulak dia yang nak memasak
ni? Aku pandang mak yang dah tersenyum. “Mak…”
“Teringin jugak nak merasa masakan Rayyan.” Jawab
mak dan sekaligus membenarkan Rayyan untuk memasak. Aku menghulurkan sudip
kepadanya sebelum melangkah ke tepi. Melihat dia bekerja di dapur.
Bibir yang pada mulanya tersenyum sinis terus
melopong. Aku memandang Rayyan yang sedang memasak dengan penuh kagum. Walaupun
dia masak kailan goreng belacan je tapi… efisien gila! Dahlah bau bukan main
sedap. Lepas tu, dia mintak izin dekat mak untuk buat pencuci mulut pulak.
“Alia nak makan apa?” Tanya dia padaku yang sedang
memandangnya dengan muka tak percaya.
“Hah?”
“Nak makan pencuci mulut apa?”
Aku dah tak tahu berapa kali mulut aku terlopong.
Muka dia memang muka yang takde perasaan langsung. Masa dia nak tanya aku nak
makan pencuci mulut apa pun, muka dia memang muka tenang je.
“Pudding triffle.”
Dia hanya mengangguk sebelum menanyakan pada mak,
sama ada semua bahan yang diperlukan ada ataupun tak. Bila mak cakap kek takde,
dia suruh Abang Saiful pergi beli. Dia memang betul-betul nak buat pudding tu
ke?
“Err…. awa… Abang Rayyan ni memang pandai memasak
ke?”
“Takdelah. Gitu-gitu je.” Balasnya tenang.
Bila Abang Saiful dah balik, aku hanya duduk
memerhati Rayyan menyediakan pudding triffle yang aku mintak. Dia langsung tak
nampak kekok bekerja dalam dapur. Nampak macam dah expert.
Aku memandang Abang Saiful yang tengah makan keropok
keping yang mak goreng. “Abang Rayyan tu kerja apa?”
“Dia chef. Siap ada restoran sendiri lagi.”
“Ye?! Umur dia sama dengan abang kan? 24?”
Abang Saiful mengangguk.
“Ohh…”
Aku kembali memandang Rayyan sebelum menghela nafas.
Entah kenapa, tak sabar nak makan pudding triffle dia tu. Nampak gaya macam
sedap je.
**
“Semalam aku menang.”
Aku memandang Farhan. “Tahniah.” Senyuman terukir di
bibir untuknya. Pudding triffle yang aku bawak ke sekolah, disuap ke dalam
mulut. Memang sedap pudding triffle yang Abang Rayyan buat ni. Semalam, bila
nampak aku makan pudding dia macam orang gila, terus dia buat lagi. Siap bagi
resepi lagi dekat aku. Walaupun rasa macam malu sebab buat perangai macam tu,
tapi aku tetap jugak seronok sebab dapat makan pudding kegemaran aku ni.
“Semalam abang sepupu kau datang dengan siapa? Aku
ada nampak sorang lagi lelaki masa nak balik rumah.”
“Abang Rayyan. Dia yang buat pudding ni. Sedap
gila!” Aku membalas perlahan.
“Ohh…”
“Farhan…” Aku dan Farhan serentak berpaling ke
sebelah kanan. Ke arah gadis yang memanggil Farhan dengan suara yang agak manja
pada halwa telingaku.
“Ina…” Farhan tersenyum sebelum bangkit dari
duduknya dan menghampiri Ina. Aku pulak hanya menjongket bahu apabila melihat
Ina macam langsung tak nak pandang aku dan lebih nak bercakap dengan Farhan.
“Lia, aku nak balik kelas dulu. Jumpa nanti!”
Aku mengangguk sambil memandang Farhan yang sudah
melangkah ke arah kelas dengan Ina di sebelahnya. Tiba-tiba bibir aku mengukir
senyuman. Aku dapat rasa yang Farhan tu suka dekat Ina.
**
“Eh, abang buat apa kat sini?” Aku memandang Abang
Saiful dengan muka terkejut. Dahlah tiba-tiba datang ambik aku dekat sekolah.
Entah kenapa, mata aku sibuk mencari kelibat Abang Rayyan.
“Datang ambik Alia. Jom!” Abang Saiful ambik beg
sandang aku lalu disandang pulak ke bahunya.
“Kereta abang mana?” Tanyaku apabila melihat Abang
Saiful melangkah ke arah sebuah kereta CRV.
“Hari ni kita naik kereta Abang Rayyan.”
“Abang Rayyan pun ada?”
Abang Saiful mengangguk sebelum membuka pintu kereta
untuk aku. Terus mata aku dapat melihat Abang Rayyan yang duduk di kerusi
pemandu. Dia pandang aku sekejap sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Cuti ke hari ni?” Soalku pada Abang Saiful selepas
Abang Rayyan dah mula memandu.
“A‟ah. Lama tak jumpa Alia dengan Mak
Su. Sebab tu abang balik.”
“Lama? Bukan ke baru 2 minggu lepas, abang balik?
Selalunya sebulan sekali je abang balik…” Aku berkata dengan dahi yang
berkerut. Mulut aku memang macam ni. Kalau ada apa-apa yang pelik, memang aku
terus tanya.
“Tak boleh ke?” Abang Saiful terus buat muka sedih.
Aku hanya tergelak sebelum menggeleng.
“Alia sukalah. Jangan nak buat muka macam tu.
Buruk!”
Abang Saiful ketawa sebelum mengerling ke arah Abang
Rayyan. “Rayyan, bukan kau ada benda ke nak bagi kat Alia?”
Serentak aku berpaling ke arah Abang Rayyan lepas
dengar nama aku disebut. Abang Rayyan hanya mengangguk kecil tanpa berpaling ke
arahku. “Dalam beg kertas kat belakang, ada pudding triffle.”
“Ohh..ye? Aku pandang beg kertas di sebelahku.
Memang dari tadi aku nampak beg tu tapi tak sangka isinya pudding triffle.
“Untuk Alia.”
“Terima kasih, Abang Rayyan.” Ucapku perlahan sambil
mengeluarkan bekas pudding. Mengintai isinya sebelum diletakkan kembali di
dalam beg.
“Sama-sama…” Balas Abang Rayyan masih dengan nada
dinginnya. Sekarang ni, aku langsung tak kisah dengan dingin dia sebab aku tahu
dia orang yang baik. Kalau tak baik, takdelah dia bawak pudding triffle untuk
aku. Haa… yang penting, aku dapat makan pudding ni lagi!
**
Aku melambai ke arah Farhan sebaik sahaja aku sampai
di sekolah. Dia yang ketika itu sedang berbual dengan seseorang langsung tak
membalas lambaian aku sebaliknya memandang aku sekilas sebelum berpaling ke
arah lain. Dahi aku terus berkerut. Kenapa pulak dengan Farhan ni?
“Farhan…” Aku memanggilnya perlahan.
“Apa?” Dia bertanya dengan suara yang agak kasar.
Ina yang berdiri di sebelahnya hanya memandangku sambil tersenyum sinis.
“Err… kau kenapa?”
“Kenapa apanya? Okey je.”
“Kau macam lain je. Selalunya tak macam ni pun.”
Balasku perlahan.
“Aku memang macam ni sebenarnya. Kau tahu tak, Alia?
Aku bodoh sebab kawan dengan kau. Kau ingat aku tak tahu kenapa kau dingin
sangat dengan orang lain? Aku dah tahu sebabnya. Kau….”
Farhan terdiam apabila melihat air mata yang
mengalir laju di pipiku. Aku pun turut terkaku. Aku rasa bodoh sebab menangis
sekarang ni tapi rasa sakit di hati aku sangat tak boleh nak ditahan. Terus aku
melangkah pergi dari situ sebab aku tahu apa yang Farhan nak cakap. Dia nak
cakap aku perempuan tak tahu malu. Perempuan pencuri. Perempuan jahat.
“Alia… aku tak nak jadi kawan kau lagi.”
Saat itu, air mata aku terus berhenti mengalir. Aku
hanya berpaling ke arah Farhan. Melihatnya dengan rasa sakit di hati. “Aku tak
perlukan kawan macam kau. Kau patut tanya dulu aku tapi memandangkan kau
percaya dekat orang lain lagi. Fine, aku tak kisah.”
**
Kenapa benda yang terjadi dekat 2 tahun yang lepas
perlu diungkit kembali? Aku yang sejak dari tadi berkurung di dalam bilik hanya
mampu menghela nafas panjang. Kadang-kadang tu aku rasa macam nak tampar muka
Farhan tu.
Dulu memang aku tak macam ni. Aku selalu cakap
dengan orang lain. Aku tak sombong dan dingin macam sekarang ni. Aku senyum je
sepanjang masa sampailah satu hari tu, entah siapalah yang nak sangat kenakan
aku. Dia pergi jaja cerita dekat semua orang yang aku ni perempuan jahat. Suka
merampas kekasih orang. Masa tu, memang aku pergi tampar budak perempuan yang
buat cerita tu.
Mak ayah dia sampai datang jumpa aku tapi aku tak
peduli. Siapa suruh dia buat cerita pasal aku? Akhirnya, mak ayah budak
perempuan tu pergi mengadu dekat pengetua dan aku diberi amaran. Kalau buat hal
lagi, kena gantung sekolah. Masa tu, aku rasa semua orang tak adil! Aku rasa
semua orang talam dua muka. Bila-bila je boleh nak jatuhkan orang. Dan akhirnya
aku menjadi seperti sekarang.
Dingin dan beku. Sebab tu aku tak suka bila Farhan datang nak berkawan dengan aku. Aku bimbang orang buat cerita lagi tapi akhirnya aku terima dia jadi kawan. Aku tersenyum sinis. Akhirnya, aku yang terluka.
“Alia…”
“Ye mak?”
“Ada orang nak jumpa.”
“Siapa, mak?”
“Kawan sekolah kamu.”
Aku bangkit dari katil lalu mencapai tudung. Kawan
sekolah datang nak jumpa? Sebaik sahaja aku bukak pintu, aku terus menuju ke
ruang tamu. Bila nampak je Farhan, terus aku pusing balik.
“Alia…”
Aku berhenti melangkah. “Baliklah. Jangan nak datang
sini lagi. Aku tak suka kau datang!”
“Alia, aku nak mintak maaf.”
“Kau hina aku dan sekarang ni kau mintak maaf?
Hahahaha…kelakarnya.” Aku gelak sinis.
“Aku tahu yang aku tak patut cakap macam tu dekat
kau. Aku… aku… cuma terluka bila orang cakap yang kau suka mainkan perasaan
orang. Aku… aku… sukakan kau.”
Aku terus berpaling ke arahnya dengan muka yang
terkejut. Apa yang Farhan merepek ni?! Dia sukakan aku?
“Kau merepek.”
“Tak. Aku betul-betul sukakan kau.”
Aku terkedu. Langsung tak sangka yang Farhan suka
aku. “Kau jangan main-main…”
“Tak! Aku tak main-main. Aku nak kawan dengan kau
sebab aku nak kenal kau.”
“Tapi aku anggap kau kawan je.” Luahku berterus
terang. Tak ada langsung perasaan lain untuk dia.
“Sikit pun takde?”
Aku mengangguk. “Aku sayang kau sebagai kawan.”
“Kau ada suka orang lain ke?”
Entah kenapa aku mengangguk dan saat itu muka Abang
Rayyan yang aku ingat. Takkanlah aku dah suka dengan Abang Rayyan?
“Siapa?”
Aku menggigit bibir sambil memandang ke arah dapur.
“Abang Rayyan…” Walaupun aku tak yakin sama ada betul ke tak, aku suka dia tapi
aku kena jugak cakap supaya Farhan tak terus menaruh harapan.
“Kawan Abang Saiful?”
Aku mengangguk. “Dia selalu buat pudding triffle
untuk aku. Tapi bukan sebab pudding tu yang buat aku suka dia. Dia bagaikan
cermin aku. Dia sama macam aku. Walaupun dia dingin tapi aku tahu dia baik.
Aku… aku…”
“Kali pertama aku tengok kau speechless.”
Aku mengangkat muka memandang Farhan. “Aku nampak
bodoh sekarang ni.”
Farhan menggeleng. “Kau tak bodoh. Sukakan seseorang
tu benda normal. It happens. Dan menyukai orang yang tak menyukai kita pun
benda normal. Macam apa yang aku rasa sekarang.”
“Farhan… aku….” Entah kenapa dah hilang rasa sakit
hatiku pada dia. Mungkin sebab hati aku masih menganggap dia kawan dan ingin
terus menjadi kawan dia.
“Jangan risau pasal aku. Aku okey! Dan oh ye, aku
dengan Ina cuma kawan. Aku tahu kau mesti ingat aku suka dia kan?”
Aku ketawa kecil sambil mengangguk. “A‟ah.”
“Hmm… aku balik dulu. Kita kawan lagi kan?”
Aku mengangguk. “Lain kali jangan buat macam tu dah.
Sakit hati aku ni! Rasa macam nak pijak-pijak je kau tadi.”
“InsyaAllah tak. Kau sahabat aku. Dunia dan
akhirat…”
**
“Eh, Abang Rayyan! Mana Abang Saiful?” Aku
mencari-cari Abang Saiful apabila melihat hanya Abang Rayyan yang keluar dari
kereta.
“Abang Saiful tak datang.”
“Ohh… jemputlah masuk.”
Sebaik sahaja Abang Rayyan dah duduk dekat ruang
tamu, aku terus panggil mak. Mak pun pelik jugak bila aku cakap yang Abang
Rayyan datang sorang-sorang je sebab selalunya dia datang sekali dengan Abang
Saiful. Haa… bila Abang Rayyan dah depan mata, aku teringat balik apa yang aku
cakap dekat Farhan hari tu. Rasa malu pulak!
“Kamu pergilah sembang-sembang dengan Rayyan. Kesian
dia duduk sorang-sorang kat depan.”
Perlahan-lahan aku mengangguk tanpa sepenuh
kerelaan. Sejak akhir-akhir ni, aku malu nak cakap dengan dia walaupun memang
kami jarang bercakap dari dulu lagi.
Aku hanya mengukir senyuman untuk Abang Rayyan
sebelum duduk di kerusi bertentangan dengan dia. “Abang tak kerja hari ni?”
“Tak. Hari ni abang tutup kedai.”
“Ohh…”
“Lia… abang ada benda nak cakap ni.”
Aku pandang muka dia yang tengah serius. “Apa dia?”
“Abang nak pinang Lia.”
Terus mulut aku terlopong. Abang Rayyan nak pinang
aku?! Pinang aku?! Aku mencubit pipi. Sakit! Maknanya bukan mimpi.
“Abang serius ke ni?”
“Serius. Abang nak pinang Lia kalau Lia setuju.”
“Untuk siapa?” Mana tahu kot-kot bukan untuk dia.
“Untuk abanglah. Takkan untuk Farhan pulak.” Nada
suaranya sedikit berlainan apabila dia menyebut nama Farhan. Macam cemburu pun
ada jugak.
“Macam mana abang kenal Farhan?”
“Mula-mula sekali abang nak mintak maaf. Hari yang
Farhan datang jumpa Lia tu, abang sebenarnya ada kat bawah dengan Abang Saiful.
Kami dah dengar semuanya termasuklah perasaan Lia dekat abang.” Dia berhenti
bercakap sebelum aku dapat mengesan senyuman di bibirnya.
“Err…”
“Hmm?”
Aku pandang muka dia. Kalau ikutkan hati, aku nak
cakap ya tapi buat masa sekarang ni, aku langsung tak fikir pasal benda ni
lagi. Aku belum bersedia…
“Lia mintak maaf tapi Lia tak boleh. Lia dah janji
dengan mak yang Lia nak belajar betul-betul dan dapat kerja yang bagus. Maafkan
Lia, bang.”
Aku dapat melihat Abang Rayyan tersenyum sebelum
mengangguk kecil. “Abang faham. Abang Saiful pun dah cakap dekat abang benda
yang sama cuma abang yang degil nak cakap kat Lia pasal ni. Abang… Err,
InsyaAllah abang sanggup tunggu Lia sampai Lia habis belajar.”
“Macam mana abang boleh nak pinang Lia? Abang bukan
suka Lia pun…”
“Siapa cakap abang tak suka Lia? Since the first
time, abang datang sini… abang dah tertarik dekat Lia tau. Lia nampak sombong
dengan dingin dan abang rasa macam tengok diri sendiri pun ada. Lia tak suka
senyum tapi bila Lia senyum, abang pun boleh terkedu. Jangan sembunyikan
senyuman Lia. Cantik tau kalau Lia senyum tapi jangan selalu senyum kat lelaki.
Nanti diorang tergoda, abang yang merana…”
Aku hanya tersenyum. Rupanya Abang Rayyan ni
takdelah pendiam mana sangat. Sekali dapat bercakap, berjela-jela jugak.
“Rayyan jangan risau. Nanti bila Rayyan datang
lagi sekali nak pinang Lia, mak cik terus setuju.” Kata mak yang datang dari
dapur sambil menatang dulang. Muka aku yang dah memang merah, terus bertambah
merah.
Aku mengerling ke arah Abang Rayyan yang tersenyum
mendengar kata-kata mak. Bila tengok dia senyum, tiba-tiba aku teringat satu
benda.
“Abang, Lia pun ada benda nak cakap dekat abang.
Jangan selalu senyum tau dekat perempuan lain sebab kalau abang senyum, abang
nampak lagi hensem. Nanti kalau diorang tergoda, Lia jugak yang merana…” Aku
sengih.
“Kalau diorang tergoda, takpe. Asalkan jangan abang
yang tergoda.”
“Kalau ada jodoh, tak ke mana. Lagipun, mak memang
dah berkenan pun dengan Rayyan ni. Dahlah pandai masak.” Kata mak tersenyum.
“Nanti mak cik nak makan apa je, saya buatkan ye.”
Aku melihat Abang Rayyan bersembang dengan mak.
Senyuman terukir di bibir aku.
**
5 tahun kemudian…
Aku dan Abang Saiful melangkah masuk ke dalam
Restoran Raylia. Ni first time aku melangkah ke sini. Kata Abang Saiful dengan
Kak Ida, makanan dekat sini best. Pudding triffle dia pun sedap. Bila sebut
pasal pudding triffle, aku asyik terkenang Rayyan. Sejak dari hari dia datang
melamar, sampailah sekarang… aku masih belum berjumpa dengan dia. Semua tu pun
atas permintaan aku sendiri. Aku kalau boleh tak nak kami selalu berjumpa dan
dia pun okey je dengan permintaan aku.
“Lia duduk sini kejap. Abang nak pergi toilet.” Kata
Abang Saiful lepas kami selesai order makanan. Aku hanya mengangguk sambil
memandang hiasan dalaman restoran tersebut. Simple tapi elegan.
“Miss, pudding triffle.” Aku memandang pelayan yang
sedang menghidangkan pudding triffle kepadaku. Sejak bila aku order pudding ni?
Lagi satu, belum makan nasi pun dah ada pencuci mulut?
“Sorry ye tapi saya tak order pun.”
“Ada yang suruh saya bagi pada cik.”
Aku tercengang. “Siapa?”
“Chef Rayyan.”
Nama tu. Aku memandang pelayan di hadapanku ini
dengan muka terkejut. Dia sebut nama Rayyan? Abang Rayyan?
“Nama panjang chef Rayyan apa?”
“Muhammad Rayyan bin Umar.”
“Bawak saya jumpa chef awak.” Aku sudah berdiri dari
dudukku. Sekarang ni aku dah habis belajar. Aku nak tuntut balik janji kami
dulu.
“Baik. Ikut saya, cik.”
Aku mengangguk dan mengikut langkah pelayan yang
bernama Yuna berdasarkan tag nama yang dia pakai. Langkah yang semakin
menghampiri ke arah dapur buat jantung aku mengepam darah dengan lebih laju.
Berdebar-debar nak jumpa dengan Abang Rayyan.
Dari jauh, aku dapat melihat dia. Lelaki yang aku
rindu saban waktu. Lelaki yang aku tolak lamarannya sebab masa itu aku
terlampau muda tapi dah berjanji akan tunggu aku sehingga aku habis belajar.
Lelaki yang menawan hatiku dengan pudding trifflenya. Patutlah Abang Saiful
beria-ia ajak dia datang sini.
“Chef, ada orang nak jumpa.”
Rayyan berpaling ke arahku dan memang jelas di
mukanya yang dia terkejut melihat aku yang dah masuk ke dalam dapur. “Alia…
buat apa masuk sini?”
Saat dia menyebut namaku, air mata yang ditahan tadi
akhirnya mengalir. Rasa luruh rindu aku apabila mendengar dia menyebut namaku.
“Alia… kenapa menangis ni? Pudding tu tak sedap ke?
Kalau tak sedap, abang buat yang baru.” Tanyanya prihatin. Aku menggeleng. Rasa
pudding tu langsung tak berubah. Dari dulu sampailah sekarang, rasa dia masih
sama. Sama macam perasaan aku pada dia.
“Lia datang nak tuntut janji. Abang dah berpunya
ke?” Lain yang ditanya, lain yang aku tanya balik dekat dia. Aku memandang
wajahnya. Mengharapkan jawapan yang sebena-benarnya. Yelah, kami dah tak
berjumpa dekat 5 tahun bila aku cakap aku tak boleh terima dia lagi. Takut
jugak kalau hati dia dah dimiliki oleh orang lain. Memang meranalah aku.
“Kalau belum, kenapa?” Aku dapat lihat senyuman yang
terukir di bibirnya.
“Alia nak pinang abang.” Ujarku dengan muka yang
serius. Kalau dia cakap belum, sekarang ni jugak aku call mak dengan ayah cakap
yang aku nak kahwin.
“Alia yang nak pinang abang?”
Aku mengangguk. “Abang dah berpunya ke belum?”
Rayyan ketawa sebelum memanggil kakitangannya yang
lain. Muka aku mula terasa hangat. Kenapa dia nak panggil semua orang? Nak
malukan aku ke?
“Biar saya perkenalkan…” Rayyan memandangku dengan
senyuman di bibir. “Alia, bakal isteri saya.”
“Like I said before, abang yang akan pinang Lia.
Lagipun, mak cik kan dah terima abang. So Nur Alia binti Ahmad, welcome to my
life.” Bisik Abang Rayyan di telingaku. Aku terus berpaling ke arahnya dengan
senyuman di bibir.
“Baik, Chef Rayyan!”
**
“Kenapa pudding triffle Lia tak jadi?!” Aku
memandang sayu pudding triffle buatan aku. Tak sama macam yang Abang Rayyan
buat! Kecewanyaaa!
Abang Rayyan hanya ketawa sebelum memeluk tubuhku
dari belakang. “Okey je abang tengok.”
“Okey? Yelah tu…”
“First time buat kan?” Pipiku dikucup lembut. Aku
tersenyum mesra sambil mengangguk. Suami aku ni memang pandai memujuk.
“Abang, tolong buatkan…”
Abang Rayyan cubit pipi aku. “Dah agak dah. Abang
memang dah siapkan awal-awal. Tengok dalam fridge.”
Pantas aku membuka pintu peti sejuk sebelum
melompat-lompat kecil. “Sedapnyaa!” Pudding triffle dipotong lalu dihidangkan
di atas pinggan. Aku kenyit mata dekat dia sebelum menyuap masuk ke dalam
mulut. Nikmatnyaa!
“Lia…”
“Hmm….”
“Thanks.”
“Untuk?”
“Sebab cairkan hati abang.”
Aku tersenyum. “You‟re welcome. Thanks
jugak sebab cairkan hati Lia.”
“The pleasure is mine.” Balasnya pulak turut
tersenyum.
*comment cerita ni :)
xoxo Nurin
|