Owner ![]() who I am ![]()
| 3,2,1 Cinta bermula ((:
Mohd. Nazdri bin Zainal Abidin or also known as Jepp. Korang
rasa apa yang menarik sangat dengan nama ni? Kacak? Boleh la, yang penting dia
seorang yang kelakar. Aku tersenyum sendiri.
Nama aku Tengku Zunnurien Amirah bint Tengku Zolzan. Aku salah seorang dari penuntut Universiti Malaya dalam jurusan TESL. Papa aku merupakan CEO di syarikat perhotelan Dream Holding dan mama aku seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak pernah mengeluh membesarkan kelima-lima orang anaknya.Mama aku Korean so kira mualaf la dan papa pula Pan-Asia, Melayu campur British. Kiranya keluarga aku ni semua macam rojak la. Korang nak tau berapa umur aku? Aku baru mengijak ke usia 22 tahun. Nak tahu tak?Macam mana cerita aku ni bermula ye?
………………………………………………………………………………………………………
Kaki kecil ku yang berbalut sepatu ala-ala Cinderella dari
Stuart Weitzman melangkah turun dari perut kereta sport Meserati milikku, ku katup
kemas. Pagi itu aku mengenakan blouse kait berona merah garang yang disertakan
dengan singlet merah hadiah abangku dari England serta jeans denim yang
mengikut alur sepasang kakiku, sungguh tubuhku pasti mengiurkan mana-mana
lelaki yang melihat. Rambut brunette separas bahu ku biar mengerbang.
“Hye Rien, seriously you look very gorgeous ”
Huh, Danny sape tak kenal, lelaki bermata sepet kacukan darah Chinese dan Korean. Dia berada dalam aliran perubatan huh, Daniel si kasanova aka buaya darat kolej ni dan juga bekas teman lelaki ku yang curang.
“By the way can you accompany me for my breakfast? I’m
hungry darling”
Sambung Danny, perkataan ‘darling’ dia benar-benar membuat aku jelik.
“Maaf saya tak ade masa” sengaja aku tekankan perkataan ‘tak
ade’ supaya kedengaran lebih scarstic. Aku tersenyum puas. Aku tahu semua
lelaki yang ingin mendekati ku ada tujuan masing-masing. Seorang gadis cantik
yang kaya, huh semua pembohongan semata. Aku hanya alat untuk kepentingan
mereka, untuk menjaga reputasi mereka dan pelbagai alasan lain.Aku muak.
“BAkkkKK”
“Ahh” jerit kecilku. Habis berselerak kertas assignment
encik Ridhuan untuk subjek English Studies ku. Aku bangun sambil menepis-nepis
habuk yang melekat di baju ku. Aku mendengus, geram.
“Maaf saya tak sengaja” tutur lelaki di hadapanku, sopan.
Lelaki itu mengutip semula kertas assignment ku yang berselerak di atas jalan.
Aku mencebik sambil merentap kasar kertas di tangan lelaki itu.
“Buta ke? Tak de mata dah nak tengok jalan? Lain kali jalan
tu tengok jalan bukan tengok longkang. MORON !” bentakku.
………………………………………………………………………………………………………
‘ah tak pasal-pasal aku kene redo assignment, ni sume salah
mamat buta pagi tadi tu’ monolog ku marah. Di dalam bilik aku menyusun semula
assignmentku yang baru habis di cetak semula. Aku merenung kad pelajar di
tanganku, aku perasan kad pelajar itu meluncur laju dari timbunan kertas
assignmentku yang sudah keronyok akibat pelanggaran pagi tadi. Muhd Nazdri bin
Zainal Abidin. Buruknya nama.
“Mira, Datin panggil makan” Aku tersentak dari lamunanku.
“Ye Kak Mun kejap” Laungku.
……………………………………………………………………………………………………..
Usai kelas Madam Endrayati aku hanya duduk memaku di meja
kuliahku menunggu kuliah seterusnya. Fatin yang sedari tadi di sebelahku entah
kemana. Aku yang berbaju putih ala-ala sweater dan jeans denim yang melengkapi
gayaku Nampak lebih sopan berbanding hari sebelumnya. Rambut brunette yang
telah aku sanggulkan awalnya, terhurai sedikit dari ikatan.Mataku hanya
merenung ke luar tingkap, kosong sekosong hatiku.
“Assalamualaikum Mak minah.” Sakat suara nakal di sebelahku,
aku berpaling. ‘huh mamat ni lagi’
“Waalaikumsalam Tok Jangut” Balasku geram.
“Mak Minah jauh menung ade sampai kat rumah saya tak?”
gurauan lelaki itu tidak ku hiraukan.
“Don’t ever call me that way, weirdo” balasku sinis.
“Mira.” Aku tersentak.
“huh?” balasku pendek.
“Fatin bagi tau saya nama awak mirakan?” soalnya ingin
kepastian.
“Awak ada nampak kad matrix saya tak?” soalnya lagi, aku
hanya diam. Ku jeling raut wajahnya tidak puas hati.
“Cuba awk tengok Kaunselor kita Encik Musa berjalan” Aku
memandang wajahnya, pelik.
“ahahaha” ketawa ku meletus melihat lelaki di depanku
menggayakan cara alan Kaunselor kami yang iras-iras pelakon yang memengang
watak Virus dalam cerita “3 Idiots”, . Aku tersenyum.
“Cuba awk tengok ni pulak. Ini versi Encik Rahim” Dia
menggayakan cara jalan Dekan kami yang gaya jalannya persis robot dalam cerita
Wall-e. Aku tergelak sakan.
“Haha awk ni pandai berlawak la.” Ada sesuatu yang lain dari
dirinya. Aku tersenyum lagi.
“Hurm maaf lah kalau awk marah tadi sy panggil awk Mak
Minah.Nama saya Muhd Nazdril atau awk boleh panggil saya Jepp. Ermm..kalau
Matrix Card saya tak ada kat awk tak apelah” Dia bingkas bangun, langkah
kakinya seakan payah ingin berlalu. Aku tersenyum sendiri.
“Muhd Nazdril Bin Zainal Abidin, pelajar tahun akhir dari
course engineering .Kalau awak nak matrik card awak, awak boleh ambil tapi awak
kene bayar ganti rugi sebab langgar saya semalam dan menyebabkan saya perlu
redo assignment saya.”Aku bersuara angkuh. Kad Matrix di tangan aku tunjuk
sebagai bukti.
“Baik, awak nak saya bayar berapa?” Soalnya serius.
“Tak banyak, cuma kene belanja saya lunch okay?” Senyum ku
meleret bila dia menganguk tanda setuju.
………………………………………………………………………………………………………
Jepp seorang lelaki yang comel, baik dan kelakar. Dia juga
seorang yang menjaga batas pergaulan antara aku dan dia, itu ciri yang
melengkapkan kesempurnaan bagi diri pemuda itu.Hampir genap setahun usia
perkenalan kami,sepanjang aku mengenali lelaki itu tidak pernah sekali pun dia
mengambil kesempatan terhadap diriku, kulit ku pun tidak pernah dia sentuh
secara sengaja.Jangankan aurat malah duit ku pun dia tidak pernah pinjam
walaupun aku tahu dia selalu kekurangan duit. Dia selalu bercerita tentang
pahlawan-pahlawan islam, kewajipan menutup aurat dan banyak lagi tentang islam
kepadaku. Aku tersenyum sendiri.
” Mira, mira ingat tak cerita saya tentang seorang pahlawan
islam yang sebaik-baik raja dan tenteranya adalah yang sebaik-baik tentera?”
soal lelaki dihadapan ku yang sedang menyiapkan assignment nye.
“Ingat tentang sultan mohd al-fateh kan? Seorang raja yang
menawan Constantinople. Cerita la lagi pasal dia Jepp”
Aku tersenyum mengingati bait-bait dialog aku dan Jepp di kafe semalam. Walaupun dia kusyuk menyiapkan kertas kajian dia tapi dia masih mampu menceritakan kisah yang tidak pernah aku dengar, dia masih mampu memberi senyuman yang cukup manis untuk menceriakan hariku. Sejak perkenalan aku dan Jepp pakaian seksiku aku campak ke tepi, aku mula mengenakan baju kurung untuk ke kuliah. Malam itu aku terlena dalam longgokan kertas tugasan yang harus aku lunaskan. ………………………………………………………………………………………………………
Pagi ahad itu, aku cuma bersantai dirumah, malas ingin ke
rumah Fatin kawan baikku. Selalunya hujung minggu seperti ini kami keluar ke
shoping mall dan malam pula kami selalu menjejakkan kaki ke pub di ibu kota.
Buku panduan solat di tanganku aku selak sehelai ke sehelai muka surat. Jepp
menghadiahkan aku sehelai tudung biru sempena hari lahirku minggu lepas
sedangkan kawan-kawanku yang lain menghadiahkan kasut, baju, tas tangan dan
macam-macam barang berjenama yang lain.
“Mira, datin panggil turun makan” laung suara kak mun dari
luar bilikku.
“Ye kak mun” Aku menurut, kaki ku langkah menuju ke arah
mama dan papaku. Aku melangkah duduk megambil tempat disebelah mamaku. Mama
mula mengatur bicara.
“Mira sayang, sebulan lagi kamu graduate kan?” soal mama,
papa pula hanya duduk menyandar membaca surat khabar pagi itu.
“er ye mama” jawabku teragak-agak.
“Tempoh hari Dato’ Afendi datang kerumah melamar kamu bagi
anak dia Danny” tenang mamaku mengatur bicara ha?Apa???
“Ape mama? So mama setuju ke?”
“Papa harap kamu setuju, jodoh kamu dan Danny kami tentukan
sejak kecil. Kami tak nak hubungan kamu putus, papa yakin Danny betul-betul
suka kamu” papa mencelah.
“Papa ni soal masa depan Mira, Mira tak nak pilih orang yang
salah. Mira nak seorang suami yang boleh memimpin Mira!” tegasku, mataku mula
berkaca. Papa dan mama terkesima dengan jawapanku. Aku tahu mereka tiada niat
mahu memaksa, tapi aku juga tahu jodoh aku dan Daniel sudah ditentukan sejak
kami kecil, dan aku juga tahu jodoh antara aku dan Daniel adalah berdasarkan
duit semata-mata. Papa dan Dato’Afendi akan mengukuhkan kerjasama, dan dua
syarikat gergasi itu akan bergabung atas nama perkahwinan kami.
Aku hilang selera untuk menjamah nasi lemak Kak Mun pagi tu.
………………………………………………………………………………………………………
Lagi seminggu majlis konvokesyen akan diadakan, aku hanya
ada masa seminggu dan selepas ini hubungan aku dan Jepp akan berakhir. Sudah
sebulan Jepp cuba mengelakkan diri dariku. Entah apa alasannya. Aku keliru
untuk menerima lamaran Daniel sedangkan hatiku suka pada Jepp. Sejak tempoh
sebulan itu juga Daniel nampak lebih prihatin, entah kemana melayangnya gelaran
kasonova dia pun aku tidak tahu. Daniel kerap menghabiskan masa denganku. Aku
buntu…
“Mira jom shopping, I nak beli new dress la” Fatin
menyedarkan aku dari khayalanku.
“Jom” ajakku malas, aku menggenggam kunci keretaku, kuat…
Dihadapan ku, aku nampak Jepp dan seorang wanita manis bertudung merah pudar sedondon dengan baju kurungnya. Benar-benar cantik dan sopan. Aku geram, lantas aku menghampiri kelibat mereka yang sedang asyik bergurau senda.
“Assalamualaikum Jepp” senyuman hambar aku lemparkan kepada
mereka.
“Waalaikumusalam” tanpa sekelumit senyuman dia membalas
salamku. Seakan-akan tidak pernah mengenali diriku. Mataku berkaca.
“Sibuk ke? Lama tak nampak.” Aku cuba menahan sakitnya hati.
Ya Allah tabahkan lah hatiku. Doaku sendirian.
“Sibuk jugak” ringkas dia membalas. Sakit di hati tak
tergambar, aku menuntun kakiku meninggalkan mereka.
“Assalamualaikum” aku memberi salam tanpa menoleh ke arah
mereka, aku berlari-lari anak menuju ke keretaku.
“Waalaikumusalam” jawab mereka serentak.
…………………………………………………………………………………………………….
Fatin yang menunggu didalam kereta sejak tadi hanya membisu,
pelik dengan sikapku. Persoalan Fatin yang bertubi-tubi aku biarkan. Aku hilang
separuh dari semangatku. Aku membatalkan niat kami ingin ke mall.
Usai balik ke rumah aku menangis teresak-esak dibilik
mengenangkan sikap Jepp baru tadi.
………………………………………………………………………………………………………
Dua tahun berlalu, sejak itu kenangan antara Jepp dan aku
berkubur begitu sahaja. Aku meneruskan pengajianku dalam peringkat Ph.D , aku
kini mengajar anak-anak kecil di salah sebuah sekolah felda di Negeri Sembilan.
Aku bahagia dengan profession yang aku miliki, tawaran dalam bidang perubatan
awal-awal dahulu aku tolak kerana cinta aku untuk mengajar anak-anak kecil yang
naïf ini. Aku boleh sahaja bergelar pensyarah muda atau pun memasuki bidang
pentadbiran dalam pendidikan. Tapi biarlah dahulu, anak-anak kecil ini perlukan
ilmu dan aku akan terus mengajar setakat termampu. Mama dan Papa redha dengan
keputusanku. Antara aku dan Daniel pula hanya setakat kisah lama. Kami kini
kawan baik, aku menolak pinangan dari keluargaya dulu. Cukuplah dengan cinta .
“KRINGGGGG !” loceng sekolah berbunyi, anak-anak kecil
segera berlari menuju ke padang.Aku pelik ada apa-apa aktiviti sekolah yang aku
tidak ketahui ke? Monolog ku sendiri.
“Teacher, teacher ada orang suruh Anip bagi ni kat Teacher
Mira” salah seorang anak muridku menghampiri dan memberiku satu bungkusan.
“Terima kasih Anip sape bagi ni?” tanyaku lembut.
“Tak tau teacher, ada abang bagi, dia suruh teacher pergi
kat padang sekolah” bersungguh-sungguh anak kecil itu menerangkan padaku. Dia
berlalu pergi menuruni tangga.
Aku pantas membuka balutan kotak kecik itu, ada sebentuk cincin bertatahkan permata didalamnya. Ya Allah, sungguh aku terkejut, di samping bungkusan kotak itu terdapat sekeping nota yang mengarahkan aku pergi ke padang. Langkah kaki ku pantas menuju satu destinasi yaitu padang sekolah. Siapa agaknya yang memberi aku cincin ini? Daniel ke? Atau..Aku pantas menghapuskan satu lagi nama yang mula mencuit kotak mindaku.
Sesampainya aku dipadang sekolah aku melihat murid-murid
berbaris memegang board yang bewarna-warni dan di atas board itu terlukis
simbol hati. Ya Allah. Aku menutup mulutku.
“Awak sudi tak terima hati-hati yang naïf dari budak tu?”
Satu suara menyapaku dan aku yakin itu suara Daniel.
“Daniel?” Aku menoleh.
“Cinta tu semua untuk awak dan cincin itu untuk awak,
saya..” Daniel terhenti disitu.
“Daniel, saya tak dapat terima awak” aku bersuara lembut.
“Saya tahu dan bukan saya yang nak lamar awak tapi Mohd
Nazdri Zainal Abidin” Aku terkesima, Ya Allah.
“Teacher Mira, sudi tak awak mengahwini saya? Kalau awak
sudi sekarang jugak saya hantar ayah saya pergi rumah awak” Jep berseloroh.
Tudung biruku pemberian Mohd Nazdri mengerbangan di tiup angin aku terpaku, melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sangat aku cintai dan rindui berdiri di hadapanku. Wajah fotogenik itu tersenyum melihatku.
Masa seakan berhenti berputar bila lelaki itu berdiri
merenung mata hazelku.
“Cikgu terimalah saya dah penat berdiri ni” salah seorang
dari anak muridku bersuara, Fikri anak comel yang terkenal dengan kepetahan dia
berbicara.
“Terimalah Teacher Mira, kesian abang tu” Seorang lagi anak
muridku bersuara.
“Terima. Terima. Terima” Mereka bersorak menyuruh aku
menerima lamaran lelaki dihadapan ku. Kanak-kanak yang seawal usia 12 tahun itu
sudah mula mengenali erti cinta.. Aku tersenyum nakal.
“Saya tak dapat terima lelaki yang sakitkan hati saya dan
buat saya tunggu dua tahun” aku meninggikan ego ku padahal di dalam hati
berbunga-bunga gembira hanya Allah yang tahu.
“Maafkan saya, saya takut awak tak suka saya.Bila saya
dengar hal pertunangan awak dan Daniel saya tak dapat buat apa. Saya jauhkan
diri dari awak supaya saya dapat ubatkan hati saya yang terluka ni. Saya
sambung pelajaran saya di Australia, sebab saya dapat tajaan. Tiga hari lepas
saya terserempak dengan Daniel kat tempat kerja saya. Daniel ceritakan semuanya
pasal awak.” Panjang lebar penerangan Jepp. Aku tersenyum.
“Baiklah Encik Pencuri Hati saya terima lamaran awak”
Daniel hanya tersenyum bersama Fatin disebelahnya yang entah bila sampai pun aku tidak sedar. Aku pula memandang ke langit Allah bersyukur kerana Dia kurniakan cinta yang aku cari selama ini….Alhamdulillah..
THE END ~
|