Owner ![]() who I am ![]()
| keranda untuk ayah
![]()
Di suatu ceruk
kampung, tinggal seorang tua bersama keluarga anak lelakinya. Si ayah tua ini
tidak nyanyuk walaupun sudah tua. Cuma kudrat tuanya tidak lagi mengizinkan ia
bekerja seperti dulu. Ketika muda dahulu, si ayah yang tua ini tanpa mengira
lelah, membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan kebun, demi sesuap
nasi untuk keluarganya.
Itu dulu.
Kini ia sudah
berumur 97 tahun. Isterinya sudah meninggal 25 tahun yang lalu. Sejak 15 tahun
lepas, ia tidak lagi bekerja. Ia hanya duduk di pangkin di luar rumah,
memerhati satu-satunya anak lelaki bekerja di sawah. Di situlah tempatnya melalui
hari-hari, merindui kudrat lama, merindui arwah isterinya, merindui masa-masa
lalu ketika anaknya masih kecil...
**********************************
"Ayah! Amin
nak main benda ni, ayah tarik Amin ye!" Laung Amin, sambil jari menunjuk
upih kelapa di depannya.
"Boleh...kejap
ya. Ayah nak tebas semak ini dulu. Semak tebal ni bahaya. Nanti ayah tarik Amin
ya," jawab si ayah, penuh kasih sayang.
"Alaa..Amin
nak main sekarang. Cepatlah ayah! Cepatlah!" pujuk Amin yang berusia 11
tahun sambil menhentak-hentak kakinya.
Si ayah faham
benar dengan perangai anak lelakinya itu, "nanti muncung lah tu, sehari
tak mahu makan nanti," bisik si ayah di dalam hati.
"Ok, ok.
Amin duduk, ayah tarik."
"Yeay! Ayah
tarik laju-laju tau," gembira benar bila hajatnya dituruti. "Laju
lagi! Laju lagi! Ayah tarik Amin turun cerun kat sana ye, mesti lagi laju
nanti," arah Amin, sambil jarinya menunjuk ke hujung hutan.
"Ya Allah!"
Jerit si ayah, ia merasakan kakinya terpijak sesuatu. Duri, barangkali. Atau
kaca.
"Alaa..kenapa
ayah berhenti ni? Amin belum puas lagi. Tariklah lagi."
Tanpa
menghiraukan luka dan darah pada kakinya, si ayah ini terus menarik upih kelapa
yang dinaiki anaknya, sehingga Amin lapar dan mengajak pulang untuk makan.
**********************************
Sesekali Amin
melirih kepada ayahnya yang berada di atas pangkin, "tahu berehat saja si
tua ni, pemalas betul. Aku penat-penat bekerja, dia tahu makan saja,"
ngomel si anak. Geram benar ia melihat ayahnya duduk tidak berbuat apa-apa,
selain makan.
Suatu hari,
kerana tidak tahan lagi dengan si ayah, yang dianggap menyusahkan keluarganya,
kebetulan pula musim kemarau dan kekurangan makanan, Amin membuat satu keranda
kayu untuk ayahnya.
"Ayah!
Masuk dalam ni," tanpa berkata apa-apa, si ayah masuk ke dalam keranda.
Amin menarik
keranda ke hujung hutan. Di sana ada sebuag cerun tinggi, fikirnya cerun itu
sesuai untuk di membuang keranda berisi ayahnya itu, supaya si ayah tidak lagi
menyusahkan ia dan keluarganya.
Sampai di cerun,
sebelum sempat Amin menolak keranda itu, dia terdengar ketukan dari dalam
keranda.
"Hidup lagi
rupanya," bisiknya di dalam hati, dan membuka keranda. "Hah, ayah nak
apa lagi?"
"Ayah tahu
Amin nak buang ayah dari cerun ini. Amin nak buang ayah, Amin buang lah. Tapi
Amin janganlah buang keranda cantik yang Amin buatkan ini. Mungkin anak Amin
perlukan keranda ini nanti"
: : sampai aty seorang anak buat ayah dia mcm tu ! ta berhati prut ! benci !!
|