Mrs Nureen
Follow | Dashboard

Owner

call me nureen and for ur info i'm taken by Nazreen Zulkifle


Entries About Love


who I am

childish
stubborn
talk-active
caring
cute



cerpen : Aku pasti datang







Cerpen ini bukan hasil karya nurin n nurin pon tatao sape puye. hope kowk enjoy membaca (:




Umur kamu dah berapa?” Tanya Mak Lang aku ketika aku sibuk membasuh pinggan dekat dapur.


“28. Kenapa Mak Lang?”

“Kamu tak nak kahwin ke?”

Aku melepaskan keluhan lemah. Asyik-asyik itu yang ditanya Mak Lang. Bukan setakat Mak Lang, orang lain pun sibuk tanya soalan yang sama
.
“Siapa yang tak nak kahwin?”

“Dah tu, kenapa kamu single lagi ni? Takde calon lagi ke?”

Aku menggeleng. “Belum ada calon.”

“Tulah kamu, memilih sangat. Nak yang hensem je.”

“Mana adalah, Mak Lang.” Tiba-tiba rasa panas telinga aku ni.

“Anak Mak Cik Imah tu. Bijak budaknya…”

Aku cepat-cepat menggeleng. Nak kahwinkan aku dengan anak Mak Cik Imah? Haa…tak payahlah. Si Erman tu nampak je baik tapi perangai dia… MasyaAllah, teruk! Bukannya aku tak nampak, dia selalu mengelat tak nak pergi masjid. Kalau boleh, aku nak suami yang kuat agama. Sembahyang cukup, boleh jadi imam. Kan sejuk hati kalau macam tu?

“Tak apalah, Mak Lang.”

“Bila Mak Lang cadangkan siapa-siapa, tu je jawapan kamu. Tak apa..tak apa… Mak Lang bukan apa. Mak Lang kesian dekat mak kamu tu. Tinggal kamu seorang je yang belum kahwin.” Kata Mak Lang sambil mengelap tangannya. Aku pulak hanya mendiamkan diri.

“Nanti sampailah jodoh Tini.” Balasku akhirnya. Malas nak memanjangkan isu kahwin ni lagi.

“Suka hati kamulah…” Aku mengerling Mak Lang sebelum melepaskan keluhan lemah. Penatlah macam ni!

**

“Aku dah rimas!” Aku menjerit geram sambil menumbuk bantal. Linda yang memandang aku dari tadi hanya mampu menggeleng kepala. Aku tahu dia tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Aku rasa tertekan, aku rasa marah, aku rasa macam nak menjerit dan aku rasa macam nak makan orang!

“Senang-senang kau kahwin jelah.”

Terus mata aku memandang Linda dengan muka tak percaya. Linda suruh aku kahwin? Nak kahwin dengan siapa? Calon pun tak ada, nak suruh aku kahwin!

“Aku nak kahwin dengan siapa?”

“Yang tu, leave it to me. Aku akan tolong kau.”

“Tapi…”

“Kau nak terus biarkan mak cik-mak cik kau tu bising bila kau tak kahwin-kahwin sampai sekarang?” Soal Linda membuatkan aku terdiam. Aku memang dah tak tahan dengan bebelan mak cik aku pasal ni. Memang dah tak tahan sangat. Setiap kali ada kenduri kahwin, soalan yang tak pernah miss dari mulut diorang adalah “Bila Fatini nak kahwin?” Sangatlah tak berkenan dengan soalan macam tu.

“Tak nak.”

“Dah tu?”

“Kau dah ada calon ke?”

Linda mengenyit mata sambil mengangguk dengan penuh yakin. “Dia kawan aku.”

“Macam mana…”

“Macam mana kalau dia tak suka kau?” Celah Linda lagi. Aku hanya mengangguk lemah.

“Kita pergi jumpa dia dulu hujung minggu. Lepas tu baru kita decide. Boleh?”

“Hmm… ikut suka hati kaulah. Aku nak tidur.” Terus aku merebahkan kepala di atas bantal sebelum memejam mataku rapat-rapat. Nak menenangkan fikiran yang runsing ni.

**

Aku menolak perlahan pintu masuk ke dalam KFC. Mata aku mula meliar-liar mencari tempat kosong. Kata Linda, sekejap lagi dia akan sampai. Kawannya pulak mungkin dah sampai tapi memandangkan aku tak kenal siapa kawan dia tu, takde mood pulak aku nak mencari. Aku terus menuju ke kaunter dan memesan satu set combo Toasted Twister sebelum melangkah ke arah satu tempat kosong di hujung restoran.

Purr!

“Baju awak!” Aku mula menggelabah sambil memandang lelaki di hadapanku yang terkedu sambil memandang bajunya yang dah kotor.

“Saya… maaf… mintak… awak…” Habis berterabur ayat yang keluar dari mulut aku.

“Takpe. Jangan risau…Salah saya sebab berdiri tiba-tiba tadi.” Jawabnya sambil mengibas-ngibas baju yang dah basah dengan air strawberi.

Tanpa berfikir panjang, terus aku keluarkan beg duit dari dalam tas tangan. Mesti mahal baju orang ni! Tengok gaya pun dah macam orang kaya! Habis aku! Habis! Mana Linda ni?!

“Eh, nak buat apa tu?”

“Ganti rugi untuk baju awak.”

Lelaki itu hanya ketawa sebelum menggeleng. “Sikit je ni. Basuh nanti, dah hilang.” Dia tersenyum sedikit. “Saya Farhan. Awak?”

“Senah.”

Dahi Farhan berkerut. Aku pulak buat muka selamba habis.

“Senah?”

“A’ah. Kenapa?”

Farhan menggeleng. “You have a very unique name.” Katanya sambil tersenyum. Aku tak tahu pujian dia tu ikhlas ke tak.

“Terima kasih.” Balas aku turut tersenyum. Aku segera melambai-lambai ke arah Linda yang baru sampai sebelum memandang Farhan di depan aku sekarang.

“Kawan saya dah sampai. Saya mintak diri dulu.”

“Okey. Take care Senah. Assalamualaikum…”

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum sumbing dan menjawab salamnya. Rasa macam nak tergelak pun ada bila dia panggil aku Senah. Bukan tak bersyukur dengan nama yang mak dengan ayah aku bagi, cuma aku malas nak cakap nama sebenar aku dekat Farhan tu. Bukannya aku kenal dia pun.

“Siapa tu?” Tanya Linda sebaik sahaja aku duduk dekat depan dia.

“Aku terlanggar dia tadi. Mana kawan kau tu?”

“Dia on the way.”

Aku mengangguk sebelum mengerling jam di tangan. Haih, lelaki ni dah lewat 20 minit. Aku kurang berkenan sikit kalau lelaki tu jenis tak tepati janji.

“Apa nama kawan kau tu?”

“Yusri.”

“Ohh…”

Entah kenapa aku pusing kebelakang dan memandang ke arah Farhan yang masih makan di situ. Jarak kami pun bukan jauh sangat ni. Aku hanya tersenyum apabila melihat Farhan melambai.

“Ehem…ehem… dah berkenan ke?”

Aku menggeleng. “Baru jumpa tak sampai berapa minit pun.”

“Kalau dah jodoh tu, kau jumpa sesaat pun dah boleh berkenan…” Bidas Linda balik sambil tersengih. Aku hanya berdehem.

“Mana kawan kau ni? Kalau dia lambat, aku nak balik!”

“Sat naa… Jalan jammed.”

“Jammed…jammed…” Rungutku sambil memasukkan toasted twister ke dalam mulut. Sedang enak aku menikmati Toasted Twister, tiba-tiba Linda menendang kakiku.

“Apa?”

“Dia dah sampai. Tengok belakang…”

Aku terus berpaling ke belakang. Hampir terbuntang mata aku apabila melihat kawan Linda ni. Pasti ke yang ni kawan Linda? Rasa macam nak pengsan kat sini pun ada!

“Kau biar betul?” Bisikku pada Linda.

“Kenapa?”

“Err… dia nampak macam too perfect for me. Look at him! Rambut kemas, baju T-shirt dia! Branded tu, look at his watch! Rolex youuu! Aku ni jam sepuluh hinggit je!” Aku tayang jam sepuluh ringgit aku dekat Linda. Linda hanya ketawa sambil melambai-lambai ke arah Yusri.

“Lama sampai?”

“Nope. Duduklah…”

Aku segera membesarkan diri aku. Tak nak bagi Yusri tu duduk dekat sebelah aku. Linda dah pandang aku macam nak telan. Yusri pulak hanya tersenyum sebelum melabuhkan punggung di sebelah Linda
.
“So you must be Fatini.”

“Betullah tu.”

“I’m Tengku Yusri bin Tengku Ismail.”

Aku senyum tawar. Dia tak reti cakap Melayu ke? Asyik speaking je dari tadi? “Saya Nurul Fatini binti Taufiq. Bukan anak Tengku.”

Sekali lagi kaki aku ditendang oleh Linda. Aku hanya buat muka selamba. Haaa, dah nampak sangat aku tak berkenan dengan Yusri ni kan? Cancel okey! Cancel!

“You’re a doctor, right?”

Aku mengangguk.

“Dia pakar jantung.” Celah Linda cuba mempromote aku.

“Wow, impressive!”

“Terima kasih, Tengku.” Sekarang ni aku dah melirik pada jam di pergelangan tangan. Dah tak ada mood untuk aku terus berbual-bual dengan Tengku Yusri bin Tengku Ismail ni. Aku rasa baik aku balik, lepas tu main dengan Comel daripada duduk sini.

“Excuse me. Saya kena balik sekarang. Banyak kerja nak kena buat kat rumah. Linda, jumpa kat rumah. Sorry ye…Assalamualaikum.”

Terus aku melangkah pergi. Sempat lagi aku menoleh ke arah Farhan yang tersenyum-senyum. “Nurul Fatini binti Taufiq…” Dia sebut nama panjang aku.

“Err…”

“Jangan nak gagap, Cik Fatini a.k.a Senah.”

“Okay fine! Sorry sebab tipu awak tadi.” Aku sempat pandang ke arah Linda dan Yusri yang masih sibuk pandang aku.

“Nak cari calon suami ke?”

Aku tercengang. “Macam mana awak tahu?”

“Boleh teka. So, he’s the one?”

“Nahh… too perfect.”

Farhan tersenyum sambil mengangguk. “Yeah, too perfect… kalau macam saya ni, okey tak?”

Aku pandang Farhan. “Hmm… okey kot.”

“Mak saya cakap, kalau kita dah suka someone tu… baik terus meminang.” Ucap Farhan lagi.

“So?”

“Give me your address. Lusa nanti akan ada orang yang datang meminang.”

Aku mula duduk dekat depan dia. Niat nak balik terus terbantut. Lama aku memandang muka dia, cuba mencari kalau-kalau ada riak muka yang dia menipu.

“Are you serious?”

“Muka saya nampak macam tengah buat lawak ke?”

Aku menggeleng.

“Terima tak?”

“Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya?”

Farhan tersenyum sebelum mendekatkan mukanya dengan mukaku. Tak terlampau dekat tapi cukup untuk hanya kami berdua dengar apa yang bakal keluar dari mulut dia.

“Lepas kahwin, kita boleh kenal antara satu sama lain.”

Aku terdiam. Nampak macam dia ni bertekad nak kahwin dengan aku. Baru jumpa, boleh dia ajak kahwin macam tu aje? Haih, aku tengah bermimpi ke apa ni?

“Ni alamat rumah.” Aku hulur kad nama aku yang memang tertulis alamat rumah aku sekali.

“Thanks. Lusa ni saya datang…”

“Hmm…”

“Saya tahu awak masih ingat yang saya ni main-main kan?”

Aku mengangguk tanpa berselindung. Memang dia main-main pun kan?

“Call my friend. Ni nombor dia. Tanya dia pasal saya.” Farhan menghulurkan satu kad nama. “Her name is Alia. Kawan baik saya… Call dia tau. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…”

**

“Assalamualaikum…”

Aku menarik nafas sebaik sahaja mendengar suara perempuan yang mengangkat telefon. Ni pasti Alia.

“Waalaikumussalam. Ni Alia ke?”

“Ya saya. Ni siapa?”

“Saya Fatini… Err..saya nak tanya pasal Farhan. Dia suruh saya call awak.”

Aku mendengar Alia ketawa kecil. “Kenapa dengan Farhan?”

“Err…dia ajak saya kahwin.”

“Hah?! Really?! Bila?!”

“Petang tadi. Masa kat KFC.” Jawabku perlahan.

“Dah berapa lama korang kenal? Haih, Farhan memang nak kena dengan saya. Dia dah ada someone special dalam hati, tapi tak nak bagitahu. Nak rahsia sangat la tu…”

“Kami baru kenal. Hari ni… Err… to be exact, kami baru kenal selama sejam.” Kataku lagi dan kali ni lama Alia terdiam. Terkejut barangkali dengan kenyataan aku.

“Saya kenal dia dah lama sangat. Dia memang unpredictable tapi saya tahu dia serius apabila dia buat satu-satu keputusan. Dia memang betul-betul nak kahwin dengan awak. Saya tak tahu kenapa tapi saya tahu dia ikhlas nak kahwin dengan awak. Mungkin dia nampak sesuatu pada diri awak yang takde pada orang lain. He’s 33 years old tapi still single walaupun ada ramai yang sukakan dia tapi hari ni, he met you at KFC and he proposed you. You must be special.” Ucap Alia panjang lebar. Aku special?

“He’s coming to my house on Sunday. Nak bawak rombongan meminang.”

“Good!”

“Dia akan jaga saya dengan baik?”

“Yes. Dia akan jaga awak dengan baik. I know him very well.”

“Awak akan datang nanti? Masa rombongan meminang datang?”

“Kalau Farhan suruh saya ikut, saya ikut.”

“Paksa Farhan. Cakap kat dia, saya nak awak datang.” Aku tersenyum. Aku nak tengok Alia sendiri.

“I will. InsyaAllah. Take care Fatini…”

“You too. Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…”

**

FARHAN!

Aku pandang dia tak berkelip tapi cepat-cepat aku cover buat muka selamba. Tapi serius aku cakap, dia nampak sangat kacak pakai baju Melayu warna hijau siap dengan sampin sekali. Berdegup kencang jugak jantungku dibuatnya. Dia pulak asyik tersenyum manis dekat aku.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…” Jawabku perlahan sambil konon-konon sibukkan diri dengan mengubah susunan pinggan plastik dan cawan.

“Alia dah balik?”

Aku mengangguk. “Baru je balik tadi.”

“Sekarang ni awak dah jadi tunang saya.”

“Hmm…”

“Tak suka?” Soalnya perlahan.

Aku menggeleng. “Tak cakap pun. Cuma benda ni cepat sangat. Saya ingat awak cuma datang nak meminang dulu.”

“Ohh…”

Aku berpaling ke arahnya. Dia hanya mendiamkan diri sambil memandang kasut. Merajuk ke? Ke terasa?

“Marah?”

Farhan hanya tersenyum sambil menggeleng. “Tak marah pun. Ada sebab sebenarnya saya nak kahwin cepat-cepat dengan awak.”

“Apa dia?”

“Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam…Fatini. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Itu pesanan seseorang pada saya. Saya dah jatuh suka pada awak sebab tu saya cepat-cepat pinang awak.” Dia tersenyum kecil sambil menanggalkan songkoknya.

Mulut aku sedikit terlopong.

“Biarlah hubungan kita halal di sisi Allah SWT. Saya nak awak selalu dekat dengan saya. Selagi kita belum kahwin, selagi tu saya tak dapat nak perhatikan awak selalu.” Sambungnya lagi apabila melihat aku yang terdiam.

Aku masih lagi terdiam tapi aku boleh rasa yang muka aku dah berubah jadi merah.

“You’re blushing.” Farhan tersengih.

“Janganlah usik saya.”

Farhan hanya ketawa. “Nanti saya dah nak balik.”

“Sekali dengan mak ayah awak?”

“Yup. Lagi sebulan kita jumpa ye? Masa akad nikah nanti… tapi jangan risau, saya akan selalu tanya khabar awak.” Kata Farhan kembali memakai songkoknya. Aku tersenyum dan mengangguk.

“Jaga diri Cik Senah. Assalamualaikum…”

Aku tergelak kecil. Ingat lagi dengan nama Senah tu. “Waalaikumussalam…” Aku melambai kecil sambil memerhatikan dia melangkah ke keretanya.

“Fatini!” Dia menjerit nama aku apabila aku ingin berpaling.

“Aku pasti datang untuk menjemput hatimu!” Ucapnya sambil tersenyum lebar.

“Saya tunggu!” Jeritku kembali turut tersenyum.

**

“Jom keluar. Bosanlah…” Ajak Linda sambil memasukkan kerepek pisang ke dalam mulutnya.

“Nak pergi mana?”

“Mana-mana je.”

Aku menutup laptop sebelum mengangguk. “Jomlah. Aku pun bosan jugak ni.” Aku memasukkan laptop ke dalam beg sebelum mencapai cardigan dan tudung.

“Pakai macam ni je ke?”

Aku angguk. Nak pakai macam mana lagi? Takkan nak pakai baju kurung malam-malam ni?

“Suka hatilah…” Balas Linda malas sebelum berlalu ke biliknya untuk bersiap. Linda memang jenis yang jaga penampilan sikit. Setiap kali dia keluar, dia mesti pakai baju yang cantik-cantik.

Aku duduk dekat depan tv sambil menunggu Linda. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Dah hampir 2 minggu tapi Farhan langsung tak pernah nak menelefon dia. Rasa macam sedih pun ada. Dia macam dah lupakan aku je?

“Jom!” Linda menepuk bahuku dan lamunan aku terus terhenti. Aku terus mencapai kunci kereta dan akhirnya aku dan Linda bersetuju untuk makan di McDonalds.

**

“Assalamualaikum…” Aku angkat kepala sebelum terkejut melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapanku sekarang ni. Spontan aku berpaling ke arah Linda yang hanya tersenyum sebelum menjemput Yusri untuk duduk. Aku pulak terus menyumbat burger ke dalam mulut tanda protes. Linda tak cakap pun dekat aku yang dia ajak Yusri datang sini!

“Apa khabar, Tini?” Soal Tengku Yusri padaku.

“Sihat Alhamdulillah. Tengku?”

Dia tergelak kecil. “Jangan panggil saya Tengku. Panggil je Yusri.”

Aku turut ketawa tapi nadanya tidaklah begitu gembira sebab aku tak senang dia ada kat sini.
“Saya dengar awak dah bertunang?”

Aku mengangguk.

“Dengan Farhan Imran kan?”

Kali ni soalan dia memang menarik perhatian aku. Macam mana dia tahu nama penuh Farhan? Dan macam mana dia kenal Farhan?

“Macam mana awak tahu?”

Tengku Yusri ketawa agak sinis pada pendengaran telingaku dan entah kenapa hati aku mula tak sedap.
“Siapa tak kenal Farhan Imran, lelaki bermulut manis? Trust me, Tini… Dia bukan lelaki yang baik-baik.”

“Awak ingat senang-senang je saya nak percayakan awak?” Bentakku agak geram. Suka hati dia aje nak fitnah tunang aku! Walaupun aku tak kenal sangat Farhan tu tapi aku boleh rasa yang dia memang ikhlas. Dia ikhlas nak menjadikan aku isteri dia.

Tiba-tiba Linda mengenggam erat tanganku. “Kau baru je kenal dia, Tini. Mana kau tahu perangai sebenar dia? Aku risau dia permainkan kau je.”

Aku merengus geram. Nampaknya Linda pun bukan main bersetuju dengan Tengku Yusri ni. “Dia tunang aku! So please, respect him! Aku sayang kau sebagai kawan baik aku, Linda dan aku nak kau sokong aku tapi bukannya buat aku macam ni. Aku balik dulu.” Terus aku capai kunci kereta. Tak betah duduk lama-lama dekat situ. Aku yakin Tengku Yusri boleh hantar Linda balik rumah dengan selamat.

Mula-mula aku ingat aku terus nak balik tapi akhirnya aku pergi ke tempat lain. Laju aje aku bawak kereta pergi Alamanda. Lepas dah siap parking kereta, aku terus melangkah ke medan selera. Tadi masa marah, memang perut kenyang sampaikan tak sempat aku nak habiskan burger tapi sekarang ni, perut dah balik berdondang sayang.

“Abang, nak makan tu!” Aku berpaling memandang pasangan yang sedang beratur di sebelahku. Hampir tersembur biji mataku apabila melihat Farhan berdiri di situ dengan seorang gadis yang kelihatan muda sedikit dariku dan yang paling buat aku terkejut adalah tangan gadis itu yang sedang berpaut pada lengan Farhan.

Cepat-cepat aku menutup muka aku sedikit mengunakan selendang. Nasib baik Farhan belum perasan. Bolehlah kalau aku nak spy diorang sikit.

Selepas diorang siap order, aku ikut je langkah diorang pergi ke meja makan. Sengaja aku duduk membelakangi Farhan dan sudah semestinya telinga aku ni, aku bukak luas-luas. Maaflah Farhan sebab tunangmu ni mencuri dengar. Aku bukannya apa, tak naklah macam dalam drama ataupun novel tu. Kalau ada perempuan lain yang baik dengan tunang ataupun boyfriend, terus bawak diri dan merajuk. Tapi akhirnya menyesal bila rupa-rupanya perempuan tu adik saudara dan seangkatan dengannya.
“Kenapa abang tak ajak Kak Tini datang sekali? Lisa belum pernah jumpa dia lagi!”

Aku terus tarik nafas lega. Adik dia rupanya tapi adik dia yang mana satu pulak ni? Masa hari tu, aku jumpa Farid dengan Lina je. Ni Lisa?

“Tunggulah hari nikah nanti.”

“Kenapa tak sekarang?”

Agak lama Farhan mendiamkan diri sebelum aku dapat mendengar dia menjawab soalan Lisa. Jantung aku pun berdegup kencang nak tunggu jawapan dia. Betul jugak kata Lisa, kenapa bukan sekarang?

“Hari nikah nanti, I will introduce her to you proudly as my wife and as your sister-in-law. Sekarang ni tunang je baru.”

Aku terus mengorak senyuman. Proudly as my wife… sedapnya ayat tu kat telinga aku sekarang ni. Macam nak terbang pun dah ada. Sahlah yang Tengku Yusri tu salah! Saja aje nak buat aku buruk sangka dengan Farhan!

“Dia tahu pasal kisah lama abang?”

Kisah lama?

“Pasal Kak Alia?”

“A’ah…”

“Awak nak dengar ke, Cik Senah?” Tanya Farhan tiba-tiba. Aku apa lagi, rasa macam nak menjerit dekat situ! Macam mana dia boleh nampak aku ni?

Aku berpusing perlahan-lahan menghadap dia. Muka aku sekarang ni memang merah padam sangat-sangat. Mulut pun dah terketar-ketar.

“Saya tak sangka tunang saya suka spy orang?” Soalnya lagi sambil tersenyum.

“Laa…saya lupa nak cakap. Hobi saya memang spy orang especially tunang sendiri.” Balas aku selamba. Siap loyar buruk lagi. Bajet berani sangat padahal tadi dah hampir nak pengsan tengok pandangan mata dan senyuman Farhan.

Farhan ketawa sebelum menyuruh aku duduk di mejanya. Aku menggeleng. Tak naklah satu meja dengan dia. Malu!

“Kesian orang lain takde meja.”

Akhirnya aku mengangguk bersetuju dan terus duduk di sebelah Lisa. Aku kerling Lisa di sebelahnya yang asyik sangat pandang aku sampai tak berkelip biji mata dia.

“Adik…”

“Apa?”

“Kenapa renung lama sangat tunang abang tu?” Tanya Farhan manakala aku pulak menghirup air tebu. Lega tekak…

“Cantiklah bakal kakak ipar Lisa…”

Purrr!

Sejarah kembali berulang! Aku pandang Farhan tak berkelip dan Farhan dah terkedu manakala Lisa pulak seronok sangat gelakkan kitaorang.

“Sorry! Tak senonoh betullah saya ni. Maaf sangat-sangat.” Aku cepat-cepat keluarkan tisu dari dalam beg tangan. Jatuh reputasi aku macam ni. Asyik-asyik tersembur air je. Masa pertama kali jumpa dia, tertumpah air dan sekarang ni tersembur air pulak! Haihh!

“Relaks Tini. Sikit je ni.” Dia tanggalkan jaket dia yang dah terkena air tadi sebelum mengukir senyuman untuk melegakan hati aku.

“Adik, she is beautiful.”

Nasib baik aku tak minum air sekarang ni. Kalau tak, sah memang tersembur air lagi sekali.
“Kenapa dengan Alia?” Soalku cuba mengalih topik.

“Ohh… dulu masa sekolah, I was in love with her.”

Aku pandang muka dia dengan muka tanpa riak. Tak terkejut sebab aku rasa benda tu normal. “Then?”
“Dia suka orang lain. Suami dia sekarang ni la… Mula-mula memang sedih tapi lama-lama saya sedar yang cinta itu tak boleh dipaksa. Bila Allah SWT dah takdirkan saya untuk berjumpa dengan jodoh saya, insyaAllah jumpa la dan Alhamdulillah, saya jumpa awak. My Cik Senah…”

Haa… dia suka buat muka aku jadi merah! “Perasaan awak dekat dia dah takde?”

“Saya tak boleh cakap yang perasaan tu akan 100 peratus hilang. It’s still there. So deep inside my heart tapi semua tu benda silam. Tak perlu kita nak peningkan kepala nak fikir.”

Aku terdiam. It’s still there, so deep inside my heart? Kenapa aku rasa macam sedih dengar ayat tu?

“Macam mana dengan perasaan abang dekat Kak Tini?” Tanya Lisa tiba-tiba.

Farhan pandang aku sebelum tersenyum. “Action speaks louder than words. Betul tak, Tini?”

“Hah?”

“Nanti lepas kahwin, awak tahu jugak.”

Aku masih lagi tercengang. Memang tak faham langsung apa yang Farhan cakap ni. Haih, suka sangat nak buat aku tertanya-tanya.

“By the way, Tini… saya sebenarnya kenal Tengku Yusri tu.”

Aku yang tengah mengunyah nasi terus berhenti mengunyah. Terus aku pandang muka dia. Dia ni macam tahu-tahu aje yang aku baru lepas jumpa dengan Tengku Yusri.

“Apa hubungan korang?”

“Dia dulu bos saya.”

“Your bos?”

Farhan angguk. “Tapi saya berhenti kerja.”

“Kenapa?”

“Tunang dia asyik kacau saya. Dia putus tunang dan dia telah menyalahkan saya. Dia kata saya yang goda tunang dia. Excuse me! Saya langsung tak pandang tunang dia pun. She’s not my type.” Aku tergelak sedikit melihat Farhan buat muka meluat. Nampak sangat dia bengang.

“No wonder dia cakap awak lelaki bermulut manis tadi. Dia jealous rupanya.”

“Dia ada jumpa awak?”

Aku angguk. “Saya sebenarnya keluar makan dengan Linda tadi. Entah macam mana, dia pun ada sekali. Dia tahu yang saya tunang awak dan lepas tu dia cakap pasal awak lelaki bermulut manis.”
“Dia memang tak pernah nak puas! Saya dah malas nak layan dia. He can do whatever he want asalkan awak percayakan saya.” Dia senyum.

“Kalau saya tak percayakan awak, saya tak duduk sini dan makan sekali dengan Lisa dan awak. Lepas saya nampak awak dengan Lisa, saya sepatutnya tampar awak sekuat hati dan dengan penuh sadisnya, pergi dari sini. Membawa diri ke luar negara ke?”

“I see… Sekarang ni saya dah tahu apa yang awak akan buat kalau awak merajuk.”

“Bila kahwin, saya berubah. Awak takkan tahu…” Balasku selamba.

“We’ll see.” Dia tak nak mengalah. Aku angkat kening.

“Fine.”

Dia senyum lagi.

“Kenapa awak tak pernah call saya?”

“Siapa cakap saya tak call?”

Aku hala jari telunjuk dekat diri aku sendiri. Memang dia tak pernah call aku pun selama ni. Aku ni je yang tertunggu-tunggu.

“Saya call tapi tak call awak. Saya call mak dan ayah awak.”

“Kenapa?”

“I have my own reason which you will know after we get married.”

Aku angkat kening. Semua lepas kahwin baru tahu. Memang Farhan ni kuat berahsia!

“Yelah..yelah..” Jawab aku malas dah nak bertanya.

**

Balik rumah hari tu, aku langsung tak bertegur sapa dengan Linda. Bukan sebab aku tak nak tapi masa aku balik tu, dia belum balik lagi. Aku rasa dia memang balik agak lewat malam tu. Keesokan harinya, barulah aku tegur dia dan dia mintak maaf. Dia cakap dia tahu dia tak patut cakap macam tu pasal Farhan. Tengku Yusri pulak? Entah, aku tak tahu dia ke mana. Abaikan jelah dia tu. Buang karan aje nak fikir pasal dia. Banyak lagi benda penting yang aku boleh fikir.

“Sarah, ni nak letak mana?” Tanyaku pada Sarah, adik perempuanku yang sedang sibuk menyusun bunga telur. Sekarang ni kami sibuk membuat finishing touch dekat hantaran-hantaran dari pihak pengantin perempuan.

“Letak kat dalam bilik akak.”

Aku terus mengangkat dulang yang sudah siap dihias oleh aku sendiri. Atas dulang ni, ada sepasang baju Melayu berwarna ungu yang aku tempah khas buat Farhan.

“Abang Farhan datang esok pukul berapa?”

“Entah.. lepas Isyak kot.”

“Akak dah ready?”

Terus aku berpaling ke arah Sarah. Aku sebenarnya terkejut dengan soalan dia. Tak sangka ada yang orang akan tanya aku soalan tu.

“InsyaAllah dah.”

“Akak yakin?”

Aku pandang muka Sarah. “InsyaAllah, akak yakin dia yang terbaik untuk akak.”

Sarah tersenyum. “Sarah pun rasa macam tu. First time jumpa Abang Farhan, Sarah dapat rasa yang dia akan jaga akak dengan baik. Sebab tu Sarah tak kisah.”

Aku pulak tersenyum. Mengangguk bersetuju.

 **

Aku menarik nafas berulang kali. Jantung aku dah mula berdegup kencang. Lagi beberapa minit, Farhan dan keluarganya akan sampai. Bila dah berdebar-debar ni, mulalah aku pening dan seangkatan dengannya. Takut pun dah ada. Agak-agak Farhan pun takut macam aku ke?

“Akak….” Aku pandang pintu sebelum mengukir senyuman untuk Lisa dan Sarah. Kalau Lisa dah sampai, maknanya Farhan pun dah sampai. Haa… nak pengsan dah ni.

“Takut eh?” Lisa sengih sebelum duduk dekat sebelah aku. Aku hanya tersenyum sumbing.

“Ala, relaks tau kak. Patutnya abang yang takut sekarang ni tapi Lisa tengok abang bukan main cool lagi.”

“Abang cool? Dia tak takut?” Aku pulak yang terkejut. Aku rasa cemburu pulak tengok dia okey je.
Lisa menggeleng sambil ketawa. “Lisa turun dulu. Jangan takut-takut. Everything will be just fine. InsyaAllah…”

Aku angkat ibu jari sambil tersenyum. “Dah ready. Bagitahu abang, good luck!”

*

Dua hari kemudian…

Majlis perkahwinan kami telah pun selesai petang tadi. Aku dan Farhan telah bersepakat untuk buat majlis yang simple aje. Tak ada pelamin dan cuma jamuan makan sahaja. Dan sekarang ni, kami berdua sedang menikmati pemandangan malam dari balkoni. Lepas habis majlis perkahwinan tadi, terus kami bertolak ke Cameron Highlands. Ni hadiah tajaan Alia dengan suami dia, Rayyan, serius aku cakap… memang hensem tapi tak boleh lawan Farhan. Hehehe… mestilah isteri puji suami dia kan?

“Kenapa sengih-sengih ni?” Soal Farhan sambil mengenggam tanganku.

Aku hanya menggeleng. “Sejuk…”

Tiba-tiba Farhan menarik aku ke dalam pelukannya. Berdegup laju je jantung aku sekarang ni. Rasa macam boleh pecah bila-bila masa aje.

“Dah panas?”

“Err…dah.”

“Dulu masa belum kahwin, tak boleh nak pegang macam ni.” Dia berbisik perlahan di telinga.

“A’ah…”

“That’s why abang nak kita kahwin cepat-cepat.”

Aku tergelak. Dari hari tu, dia asyik cakap benda yang sama je.

“Tini…”

“Hmm…” Sahutku perlahan mula tenang dalam pelukannya.

“Terima kasih…”

“Untuk?” Aku mendongak sedikit untuk memandangnya.

“Sebab terima abang walaupun Tini tak tahu apa-apa pasal abang.”

Aku tergelak. “That is what we call ‘jodoh’.”

“Nak tahu semua rahsia abang dulu? Yang abang janji nak bagitahu lepas kita kahwin?”

Aku mengangguk. “Nak!”

“Yang mula-mula, actions speak louder than words. Perbuatan abang yang akan menunjukkan kasih sayang abang pada Tini. Now you’re my wife, jadi apa saja yang abang buat hanyalah untuk sayang seorang je. Kasih sayang abang dan cinta abang untuk isteri abang ni. Alia cuma kisah lama abang.”

Aku senyum. “Yang pasal kenapa tak call?”

“Risau yang abang makin rindu nanti. Kalau rindu sebelum kahwin tak boleh buat apa pun.”

“Ohh..tulah sebabnya.”

“Kenapa Tini sudi terima abang?”

Aku ketawa kecil. Kemudian, aku memegang kedua-dua belah pipinya sambil tersenyum. “Setiap kali Tini buat istikharah, alhamdulillah muka abang yang Tini nampak. Mula-mula memang Tini kurang yakin tapi lama-kelamaan Tini yakin yang abang memang tercipta untuk membimbing Tini.”

Dia memegang tangan aku yang melekap di pipinya. “Abang cuma nak cakap selamat menjadi pelengkap hidup abang. Selamat menjadi separuh daripada abang…”

“Terima kasih…” Bisikku perlahan sambil merenung langit yang penuh dengan bintang. Tiba-tiba dia teringat satu ayat yang pernah keluar dari mulut Farhan satu masa dulu… “Aku pasti datang untuk menjemput hatimu…” Dan memang benar dia datang dan memang benar dia telah menjemput hatiku bersatu dengan hatinya.

THE END ***

: : BEST TA?? KALAU BEST COMMENT LAA (: