Owner ![]() who I am ![]()
| tips etika bersahabat
![]()
Dalam kita menjalinkan
persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini
berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam
mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana
untuk mengeratkan persahabatan kita.
1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu,
mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir
tentang hati dan perasaan orang lain.
2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman -
teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu
dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.
3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap
ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu
orang lain juga akan menghormatimu.
5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi
hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh -
jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.
6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam
membina sebuah persahabatan yang berjaya.
7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan
ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia
dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.
8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah
perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan
orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur
dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas
mereka. Ini tidak adil namanya!
9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama
teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang
perselisihan faham antara satu sama lain.
10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran
hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah
saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?
11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain.
Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia
sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia
memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan
berkurangan. Tapi awas! Jangan
nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan
masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!
12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati.
Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu
eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon
@ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.
13.
BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik.
Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah
diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita
kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih
semula.
|