Mrs Nureen
Follow | Dashboard

Owner

call me nureen and for ur info i'm taken by Nazreen Zulkifle


Entries About Love


who I am

childish
stubborn
talk-active
caring
cute



tiada lagi cinta




holaa.. cite neh bkn nurin yg karang.. tatao sape yg uat cite ni. nurin amik dr email yg nurin dpt n nurin na share an kowk.. bce laa.. sgtII tersentuh aty..





PROLOGUE
DIA masih terpaku di situ. Walaupun sudah hampir 2jam, namun hatinya masih lagi tidak mahu berganjak. Sesungguhnya dia mula merasai sebuah kehilangan. Tanpa disedari, dia mula merindu. Namun apa gunanya merindui seseorang yang sudah pergi buat selamanya. Walau seribu kekesalan melanda, ia tetap tidak dapat merubah apa yang telah berlaku.DIA masih lagi merenung pusara yang masih merah itu. Kembali mengimbas segala kenangan bersamanya...

Chapter 1

"Bang, boleh saya tanya sikit tak?"Terkejut aku kerana tiba-tiba seorang gadis tiba-tiba muncul entah dari mana.Dia tersenyum padaku.Senyuman itu menambah kekerutan di wajahku."Abang ni salah seorang Fasi kat sini kan?Saya nampak abang pakai nametag Fasi tu. Boleh saya tanya sikit tak?Tersedar aku dari lamunan tadi.Rupanya aku belum menjawab pertanyaannya tadi."Err boleh je.Ada ape-apa yang boleh abang bantu?' Aku kembali menatap gadis manis yang betul-betul berdiri dihadapanku.Aku terpaku melihat matanya yang berwarna coklat kehitaman itu.Nampak sungguh menawan sekali.'Macam ni bang.Tadi saya terlewat turun sikit tadi,jadi saya dah terpisah dari kumpulan saya.Boleh tak abang tunjukkan tempat budak-budak BBA berkumpul?'Dia masih tersenyum.Aduhai cair la pulak. 'Ooo awak budak BBA ek? kebetulan abang ditugaskan untuk bawa student BBA.Jom ikut abang'.Untung betul aku hari ni.Nasib baik aku lewat bangun tadi,kalau tak, melepas la aku.Hehe...
'Kenapa abang senyum-senyum tu?'Eh budak ni pandang aku ke?Malu la pulak rasanya.'Takde ape-apelah.Saja je,kita ni kena senyum selalu.Barulah ceria sikit hidup ni'.Pandai plak aku cover line.'Bang, best tak study kat UUM ni? Apa aku nak jawab ek?Walaupun dah hampir setahun lebih aku study at sini,tapi rasanya tak semua tempat lagi aku jelajah.'Emm mestilah best.Tempat ni sesuai tau untuk study.Jauh dari bandar,dikelilingi pemandangan yang indah dan udara yang bersih'.Jawabku dengan penuh bangga.Harap-arap dia puas hati.

'Tapi abang tak rasa bosan ke?Asyik study je pun tak boleh jugak kan? Kadang-kadang kita kena jugak jalan-jalan,nk release tension belajar'balasnya pula.Adoi apasal la budak ni aktif sangat bertanya.Tanpa disedari,kami dah tiba di Dewan Muadzam Shah,tempat dimana semua student baru Fakulti Pengurusan Perniagaan berkumpul.'Haa kita dah sampai pun,baik awak masuk cepat.Nanti terlepas pulak sessi ceramah tu'kataku kepadanya sambil menunjukkan kearah pintu masuk dewan.'Thanks abang sebab bawak saya.Lain kali kalau kita jumpa lagi,Abang Aril kena jawab soalan saya tadi tau'.dia berlalu sambil menghadiahkan senyuman manis buatku.Aik mana dia tahu nama aku ni?Tiba-tiba baru aku teringat kan aku pakai nametag.Aku pun berlalu sambil memikirkan kata-kata terakhirnya tadi.Mungkinkah ada pertemuan kedua buat kami?Harap-harap aku dapat menatap sepasang mata tu lagi.hehe....

Chapter 2
'Ril apasal aku tengok kau happy semacam je hari ni? Mimpi jumpa puteri raja ke malam tadi?'Tanya Midi kepadaku.Mungkin dia berasa hairan melihat aku asyik tersenyum dari pagi tadi lagi.'Tak main la puteri raja ni Midi,aku jumpa something yang lagi best dari tu tau' jawabku dengan nada sedikit riak.
'Lagi best? Apa dia Ril?boleh makan tak?bagitau la aku cepat' Midi tiba-tiba menjadi excited untuk mendengar cerita aku.Mamat ni takde benda lain ke yang dia fikir selain dari makan? 'Kau ni asyik fikir nak makan je.Badan kau tu dah nak sama macam tong gas tau tak?balasku kembali.'Yela-yela.Cepatla cerita Ril.Macam best je cerita kau ni' Dia masih tak berputus asa.'Ok-ok aku cerita la.Pagi aku jumpa Bidadari...''Bidadari? Kau ni biar betul Ril? Kau ni tengah mimpi ke dah kena sampuk' Tanya Midi kehairanan sambil meletakkan tangannya kedahiku.'Ish kau ni merepek jela Midi.Ada ke patut kau cakap aku kena sampuk.Bidadari yang aku maksudkan tu student baru la,Freshie.Giler cun wa cakap lu.' jawabku bersungguh-sungguh. 'Biar betul Ril? First day kau dah dapat awek.Ni yang buat aku jealous ni' Midi membalas sambil memuncungkan hidungnya. 'La kau ni cepat sangat jump to conclusion.nama dia pun aku tak tahulagi.hehehe

"La cakap macam dah dapat je"Sekali lagi Midi memuncungkan mulutnya.'Ala esok-esok mesti dapat punyala.'Jawabku penuh keyakinan.'Ok we wait and see.Aku pun nak tengok sejauh mana cantiknya bidadari kau" Midi masih tak mahu mengaku kalah.'Ok kau tunggu dan lihat....'

Exists (Along / Loloq)

Cinta Memang Indah

Sebelum kau kira bintang di langit
Cubalah kau kira pasir di bumi

Sebelum kau teka siapa diriku
Bacalah dirimu lebih dulu

Sandiwara hidup
Bukan kepalang
Tersalah tafsir kau menyimpang
Halus rambut halus
Titian ini

Sebelum kau selam lautan dalam
Cubalah kau selam kedalam diri

Sebelum kau teka rahsia hatiku
Bacalah hatimu terdahulu

Sandiwara hidup
Bukan kepalang
Tersalah tafsir kau menyimpang
Halus rambut halus
Jalan yang lurus

Awal cinta, akhir pun cinta
Kita cari cinta
Awal cinta, akhir pun cinta
Biarlah jumpa cinta
Awal indah, akhir pun indah
Cinta milik kita
Awal indah, akhir pun indah
Bila kau jumpa cinta

Chapter 3

'Ai bosan betullah kelas ekonomi ni.Dahla kelas petang macam ni,mestilah aku mengantuk.Tak pasal-pasal aku kena tegur dengan lecturer' Aku membebel sorang-sorang sebaik sahaja kelas ekonomi tamat.Aku tertidur dalam kelas tadi.Maunya lecturer aku tu tak bengang.Dahla soalan yang dia tanya tadi aku tak dapat jawab.Huh!!!

'Abang Aril membebel apa tu sorang-sorang' Tiba-tiba ada satu suara perempuan menegurku dari belakang.Aik sape pulak yang tegur aku ni.Suara macam pernah dengar,tapi dimana ya?Dah jadi mamat Indon pulak aku ni.Lantas aku berpaling ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang menegurku tadi.dan alangkah terkejutnya aku bila melihat tuan punya suara tu.'Err...aa..aawak...bida..' Suaraku tiba-tiba tersekat kat kerongkongku.'Saya Ira,Abang Aril ingat saya lagi tak?' gadis itu bertanya padaku.Maunya aku tak ingat.Inilah gadis bidadari yang aku dok mimpikan dua tiga hari ni.'kenapa ni bang?kenapa terkejut sangat tengok saya ni?Alamak apasal la aku buat muka kaku ni.Malu siot.'Err takde apa-apa lah.Abang terkejut tadi awak tiba-tiba tegur dari belakang.'Fuh nasib baik sempat cover line.Tiba-tiba dia tersenyum.Aduhai cairnya aku tengok senyuman tu.jangan la senyum lama-lama sangat dik,karang pengsan plak abang kat sini.

'Abang ingat saya lagi tak?'Dia kembali menanyakan soalan yang sama setelah soalannya tadi kubiarkan tidak berjawab.'Err ingat-ingat'Cepat aje aku menganggukkan kepala.'Awak budak BBA yang sesat masa minggu orientasi dulu kan?'soalku kembali."A'ah,saya la tu.Nasib baik saya jumpa Abang hari tu.kalau tak,tak tahulah la saya macamana jadinya.'Dia senyum lagi.Alahai budak ni murah betul dengan senyuman.'Anyway,saya Shahira Zulaikha.Kawan-kawan panggil Ira je.Hari tu kita tak sempat berkenalan kan?'Ooo Ira rupanya nama bidadari aku ni."Emm boleh saya tahu nama penuh Abang Aril tak?"Aik nak tahu nama penuh ni nak buat apa?nak ajak kawin ke?Amboi jauh betul aku berangan.
"Nama penuh Abang Khairil Aizat.Orang panggil Aril je.Nombor IC taknak tahu ke?" Aku cuba membuat lawak.Dia tergelak kecil.Nasib baik dia gelak,kalau tak malu je aku.Alahai comelnya dia gelak.Dah angau agaknya aku ni.Apa aje yang dia buat nampak comel.hehe
"Abang ni kesitu pulak.Nak buat apa nombor IC abang?Soalnya kembali."Manalah tahu kot-kot Ira nak tahu.hehe"bestnya dapat borak dengan dia ni."Abang ni ada-ada aje tau.Abang,Ira ada kelas sekarang ni.Boleh Ira pinjam Handset abang kejap tak?" Aku menjadi hairan.Apasal tiba-tiba nak pinjam handset aku ni?Nak call member dia suruh tolong sign attandance kot?Ishk takkanlah dia macam tu.Lantak la.Perlahan-lahan aku menyeluk poket mengambil handsetku lalu meletakkan diatas tapak tangannya.Aku dia dok tekan-tekan handset aku tu.Dalam hati rasa curiga jugak.Dia baca message aku ke?Iskh berdebar-debar la pulak."Nah handset abang.Ira dah save nombor telefon Ira dalam handset abang tu.Jangan lupa call Ira tau" Dia terus berlalu sambil tersenyum.Aku tak faham apa maksud semua ni.Tapi bukankah ini satu peluang untuk aku lebih mendekati dia.Yahoo!!! Tunggulah bidadariku. Abang mesti call punya....

Chapter 4

"Imagine me and you, I do, I think about you day and night, it's only right
To think about the girl you love and hold her tight So happy together"

Adoi siapalah yang pasang radio kuat-kuat kat telinga aku pagi-pagi buta ni? Ni mesti kerja si Midi.Jealous la tu tengok aku tengah sedap-sedap tidur ni.'Wei Midi! Tutup la radio tu.Mengganggu aku tidur jela' Kataku pada Midi walaupun mata masih terpejam. 'Cuba kau buka mata kau tu luas-luas,lepas tu tengok apa yang berbunyi'balas Midi.Buka mata? La handset aku yang berbunyi rupanya.Macamana la aku boleh tak cam ringtone handset sendiri.kan dah malu.Apa-apa pun jawab dulu la.

"Helo siapa ni?"Macam biasala orang jawab panggilan kena cakap helo kan.'Hai tak kenal kita ke?' kedengaran suara perempuan.Macam pernah dengar.Tapi dimana ek?'Mintak maaf la saudari, saya tak kenal la saudari ni siapa.'Aku masih dalam mamai-mamai lagi.'Ni Ira la.Abang ni kan Ira dah save nombor telefon Ira dalam handset Abang.Ni mesti Abang baru bangun kan?' Serta merta aku bingkas bangun.Alamak kenapalah aku tak tengok nama siapa yang call tadi? Kandah kantoi aku baru bangun.Malu,malu...'Err sorry la Ira Abang tak tengok nama pemanggil tadi.Ada apa Ira call Abang pagi-pagi ni?' Aku cuba betulkan suara agar tak nampak macam orang yang baru bangun. 'Dah pukul 11.30 pun pagi lagi ke bang?' Tiba-tiba dia tergelak.La dah pukul 11.30 rupanya.Apasal la si Midi ni tak kejut aku awal sikit hari ni.'11.30 pagi lagi la Ira, pukul 12.00 baru tengahari.hehe.'Aku cuba membuat lawak untuk menutup malu.'Yela tu.Macam ni bang,Abang free tak tengahari ni?Kalau free Ira nak ajak Abang lunch dengan Ira.Ada sesuatu yang Ira nak tanya Abang.' Lunch? Wah ni dah cukup bagus.Bak kata orang-orang tua, pucuk dicita ulam mendatang.'Emm pukul berapa Ira nak jumpa Abang? Abang free sampai pukul 3.30petang ni.'kenala jual mahalsikit.Barulah nampak macho.hehe..'Kita jumpa pukul 1.30 boleh?' Kita makan kat Mall boleh?'Cantik sangat la tu.Lagipun dah lama aku tak makan dekat Mall.'Ok,Abang setuju.Tapi kita lunch dua orang je ke?'Harap-harap makan berdua je.Barulah feeling sikit.'Lupa nak cakap tadi.A'ah kita makan berdua je.Boleh tak bang?'Berdua?bestnya.mestilah boleh.'Abang tak kisah pun.Lagipun kita nak pergi lunch je kan?'Tak dapat aku bayangkan perasaan aku sekarang.Gembira macam menang loteri je rasanya.'Ok kita jumpa kat Mall nanti ek.Jangan lupa mandi dulu tau.'Adoi sempat lagi dia kenakan aku.

'Amboi-amboi senyum memanjang je aku tengok.Awek mana yang call kau tadi?Terus segar je aku tengok?' Cepat aje Midi ni datang menemuramah aku.'Ni bukan awek, ni bidadari.Bidadari ajak aku lunch hari ni tau.'Lalu aku segera mencapai tuala meninggalkan Midi yang masih tercengang...

Keayuanmu mengundang rindu
Kewanitaanmu menawan
Keikhlasanmu seputih salju
Adakah dikau puteri kayangan

Ku sangkakan segala keperluan
Kehidupan ku miliki
Sehingga suatu hari kau hadir
Betapa banyak masa ku bazir
Kau mengajarku mengenali aku
Kau memberi inspirasi baru
Dan membawa cinta hebat padaku
Tak mungkin ku hidup tanpamu

Aku pasti kaulah yang ku cari
Sepasti terbitnya mentari
Wahai puteri cintaku suci
Jangan sesekali kau ragui
Bisikan suaramu
Bermain di mindaku
Aku rindu sesaat tanpamu

KRU-Puteri Kayangan

 Chapter 5

Aku masih merenung gelas yang dah tinggal separuh isinya.Sambil tu jugak aku membelek-belek jamtanganku. Jam ni terlebih cepat ke aku yang dah terlambat? Dah dekat sejam aku menunggu Ira.Hadoi bencinya menunggu. Dia tak tahu ke aku ni lelaki paling benci menunggu. Tapi awek punya pasal, aku terus jugak setia menanti.Macam tajuk novel pulak.Orang yang lalu-lalang dekat kafe ni mula pandang aku semacam je.Ni yang buat aku makin rimas.

'Assalamualaikum,'tiba-tiba kedengaran suara dari belakang.Lantas pantas aku menoleh.'Sorry sangat bang, kawan Ira mintak tolong sikit tadi,'.Senyumannya yang ala-ala Sari Yanti tu buat aku lupa yang aku dah menunggu sejam.'Eh takpe-takpe, Abang Faham,'Aku membalas dengan senyuman meleret.'Bidadari..Eh,Ira punya pasal seribu tahun pun abang boleh tunggu,'tambahku lagi.'Abang ni ada-ada je tau.Abang dah pesan makanan ke belum? Hari ni biar Ira belanja Abang,'tuturnya pantas.'Eh tak payahlah.Lagipun Abang kan lelaki, biar Abang yang belanja Ira,'Lelaki kena tunjuk gentleman beb masa first date.Aku baca tips dalam majalah REMAJA.hehe.'Takpelah,biar Ira yang belanja.Lagipun Ira yang ajak Abang makan.Abang anggap la ni balasan sebab Ira datang lambat tadi,'Dia masih lagi tersenyum.Hadui budak ni tak penat ke asyik senyum je memanjang.Tapi aku suka.Sweet je.Tak makan pun dah kenyang.'Okeylah kalau Ira dah cakap macam tu,'Aku akhirnya mengalah.Kalau asyik gaduh sape nak belanja sampai esok pun tak boleh makan lagi.

Sejurus kemudian makanan pun sampai.Aku makan slow-slow je.Takut dia kata aku ni gelojoh pulak.Jatuh saham nanti.'Haa tadi Ira kata ada hal penting nak beritahu Abang,'Aku memulakan bicara setelah agak selesa dengan makanan yang aku telan ni.'Macam ni,Sabtu ni roommate Ira yang tinggal kat Perlis tu ajak pergi rumah dia.Ada kenduri kesyukuran.Tapi masalahnya sekarang kami semua ni tak pandai drive,lagipun kami tak tahu nak sewa kereta dengan siapa.Kalau boleh Ira nak ajak Abang skali.Tolong jadi driver kami boleh tak?' Driver je?Ingatkan nak ajak aku keluar dating.Macam tak best je.Tapi bila aku fikirkan balik, ini mungkin permulaan untuk aku lebih rapat dengan dia.Mula-mula keluar ramai-ramai,nanti boleh keluar berdua je.Aku mula berangan.'Emm Abang rasa Abang free Sabtu ni.Berapa orang nak pergi ni?'Aku kenalah tanya detail-detail dulu.Baru boleh buat plan.hehe.'Yang pergi nanti Ira,Roomate Ira dengan sorang kawan lelaki.Masuk Abang jadi 4 orang lah.''Okey, nanti kalau ada apa-apa hal Ira beritahu Abang ye.Pasal kereta tu nanti Abang uruskan,'Aku memberi jaminan.

Chapter 6

Hari yang ditunggu dah tiba akhirnya.Kini aku dalam perjalanan ke rumah Ana, roomate Ira. Disebelahku Ira yang dari tadi dok bercakap tak berhenti-henti.Aktif betul la budak ni. Dia dengan roomate dia tu memang padan sangat.Sama-sama banyak cakap.Aku sesekali je mencelah.Maklumla segan dengan Ana dan pakwe dia tu.Baik aku fokus untuk drive je.Setelah satu jam perjalanan, kami pun sampai kat rumah Ana. Tetiba pulak aku jadi segan tahap maksimum.Yang ada kat situ semuanya orang kampung dan family dia je.Aku tersengih-sengih jela dengan zul,pakwe si Ana tu.Yang si Ira dengan Ana tu terus hilang kedapur. Aku duduk kat ruang tamu dengan Zul. Ayah dengan abang Ana ada jugak la datang tegur kami.Aku layan jela.Nasib baik ada jugak pengalaman sembang-sembang dengan orang tua.Si Zul tu asyik tersengih-sengih je.Macamana la nak jadi menantu.Setelah selesai makan-makan, kami pun mula beransur pulang.Tiba-tiba As bagi cadangan yang aku rasa paling bernas.

'Apa kata kita lepak kat Kuala Perlis dulu? Best tau suasana petang kat situ.'As memberi cadangan selaku tuan rumah.Maklumla Perlis ni kan negeri dia.'Ok jugak tu,'Aku terus aje setuju sebab aku dah pernah sampai kat Kuala Perlis dulu dengan kawan-kawan aku.Agak best la sebab tepi pantai walaupun pada aku tak nampak macam pantai pun.hehe.'Abang Aril pernah pergi ke kat sana?' tiba-tiba Ira bertanya.'A'ah,tu antara tempat yang glamour bagi student UUM, especially couple la.'Bersahaja aku cakap.Tapi tibatiba Ira pandang aku semacam je.'Mesti Abang pergi dengan awek Abang kan?'Dia bertanya dengan senyum yang tak mampu aku nak tafsirkan.'Eh takdelah.Abang ni mana ada awek,siapalah yang nak dekat abang ni,'Aku buat-buat muka kesian.

Lepas tu diorang bantai gelak pulak.Hampeh betul la.Ingatkan nak kesian.Lebih kurang 20minit kemudian,kami tiba kat Kuala Perlis.Agak ramai jugak la orang sebab hari ni kan hari sabtu.Kami tak makan pun cuma jalan-jalan dan tangkap gambar.Aku banyak jugak tangkap gambar berdua dengan Ira.rasa macam dah couple pulak.Bahagianya tak payah cakap la.Hehe.Tanpa disedari matahari dah hampir terbenam.Masa tu pulak aku dengan Ira je sebab Ana dan Zul dah hilang entah kemana.Diorang tu macam bagi peluang kat aku je.

'Emm Ira, boleh Abang tanya soalan yang agak peribadi sikit tak,'Aku cuba menyusun ayat sebaik mungkin.Gugup pun ada jugak.Tapi sebagai lelaki sejati aku kena berani.hehe.'Kalau Ira mampu jawab, Ira jawablah.Apa dia bang?' lembut betul tutur katanya.Manala aku tak cair.'Emm... err... Ira... Ira dah ada boyfriend tak?'habis jugak ayat tu akhirnya.Payah betul nak keluar.Tapi jawapan yang aku dapat ialah gelak ketawa dari dia.Aku rasa aku tak buat lawak tadi."Kenapa Ira gelak pulak ni?'Aku jadi pelik pulak tengok budak ni.'Ira ingatkan nak tanya apala tadi sampai susah sangat nak sebut'Dia sambung gelak lagi.adoi malu sendiri aku.'So apa jawapannya?'untuk mengelakkan dia terus gelak aku terpaksalah tanya sekali lagi.'Emm Abang rasa macamana?'Dia bertanya dengan senyuman.Inilah dialog yang paling aku malas nak dengar.kalau orang lain aku dah lempang je.Nasib baik yang bertanya ni bidadari...'Manalah Abang tahu.Sebab tu abang tanya tadi.Lagipun Abang tak pandai la main teka-teka ni,'Lagi baik aku cakap macam ni daripada aku salah teka.'Okey-okey, Ira jawab. Ira tak ada Boyfriend lagi.Kenapa tanya soalan ni? Abang nak jadi boyfriend Ira ke? Adoi straight forward betul soalan.rasa macam anak panah menusuk jantung pulak.Dia pulak tersenyum manis sangat.Terkelu lidah aku ni nak menjawab.Tiba-tiba terdengar laungan Ana.

'Oi mai la balik,dah nak malam ni.''Yelah kami nak balik la ni,'Ira tolong jawab bagi pihak aku dan dia.Kemudian dia berlari-lari anak kearah Ana dan Zul.Tapi sempat dia menoleh dan mengenyitkan matanya padaku.Apa makna semua ni? Adakah dia pun rasa macam yang aku rasa? Who knows...

YUSRY - DEKAT PADAMU

Dekat padamu... arah ingin ku tuju
Walaupun jauh akan ku tempuh
Kerana hanya sunyi yang menemani hari
Semenjak kau pergi membawa diri

Dekat padamu... di sana kau bersatu
Dua jiwa yang telah terpisah
Kesetiaan yang telah kita sama ikrarkan
ku pegang teguh... janji ku kotakan

Andai tersalah arah
Berikan ku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Jika cinta kita hanya sejarah lama
Sudilah ku cuba kali kedua

Walau jauh akan ku gegas berlari
Walau tinggi bisa ku terbang di langit
Walau sedalam mana akan ku selami
Kerana cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu

Dekat padamu... itu destinasiku
Tak kira apa jua kan ku terima
Harapanku kan terbuka pintu di hatimu
Dengan rela menunggu kehadiranku

Andai tersalah arah
Berikan ku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Harapan mendorong ku mengusung cinta kita
Janganlah dibalas rasa kecewa

Chapter 7

Perhubungan aku dengan Ira berjalan lancar. Malah kami kerap berjumpa sejak akhir-akhir ini. Kadangkadang aku rasa hubungan kami dah lebih dari hubungan antara kawan. kami makan bersama, study bersama, malah pergi ke kuliah pun sama-sama jugak. Rasa macam dah couple tapi aku belum menyatakan isi hatiku ini secara terus kepadanya. Kawan-kawannya sering mengusik kami sebagai pasangan yang tengah hangat bercinta.Tapi yang peliknya dia tak marah pulak.Dia senyum aje setiap kali menerima usikan dari teman-temannya.Adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama macam aku?Tapi aku belum betul-betul dengar dari mulut dia.Aku kena pastikan dulu.Manalah tahu aku je yang perasan sorang-sorang.tak ke parah nanti.Tapi macamana aku nak beritahu dia? aku bukan tak berani, cuma aku sayangkan hubungan kami sekarang.Aku takut nanti dia menjauhkan diri dari aku pulak lepas ni. Tak sanggup aku kalau jadi macam tu.

Tapi aku takde pilihan.Aku kena pastikan jugak status hubungan kami ni. Lebih baik aku dapatkan jawapan sebenar sebelum hati aku ni sayang gile kat dia.Aku tak sanggup nak tanggung risiko tu nanti.tapi macamana cara nak pastikan perasaannya terhadap aku? Parah...Parah... makin aku fikir, makin sesak fikiran aku ni. Alah apa yang susah.kalu aku tak boleh nak fikir, tanya orang lain jela kan senang. Tapi nak tanya siapa? Banyak betul tapi dalam hidup aku ni....

'Ril apa yang kau fikirkan tu? Dari tadi aku tengok kau tak berkelip mata tu.Macam berat je.'Kemunculan Midi tepat pada masanya.tanya jela Midi ni kan.Walaupun dia tak betul sikit, tapi kadang-kadang otak dia ni boleh harap jugak.'Memang berat pun Di,dah tahap masalah negara ni,'aku memulakan bicara.harap-harap dia fahamlah.'Tak payah la kau sibuk nak fikirkan masalah negara,biar PM je uruskan.Tugas kita buat masa ni belajar sampai habis dulu.Lepas tu barulah kita berbakti untuk negara,'bersungguh-sungguh midi menerangkan padaku.Dah agak dah.Mangkuk ni memang lembap.'Aku bukan cakap pasal masalah negara la,aku cakap pasal masalah aku.''La tadi cakap masalah negara, ni masalah kau pulak.yang mana satu betul ni Ril?' Dia dah buat muka confuse dia dah.Ni yang malas nak cerita kat Midi.'Senang cerita, ni masalah aku. Berat tau.sampai aku pun tak tahu macamana nak selesaikan,'baik aku cakap terang-terang je.'Masalah ape ni Ril? Sampai kau pun tak boleh nak settle.Ni mesti tahap masalah negara kan?' yang tu la aku cakap tadi. Sabar ajelah kalau cakap dengan si Midi ni.'Segan la aku nak cerita. Masalah perempuan.' Balasku sambil tersengih-sengih.

'La cakaplah siang-siang.Ingatkan apa sangatlah sampai kau tenung kipas tu macam kena pukau.Biar aku sebagai doktor cinta ni bantu kau.Apa masalahnya?' lebih-lebih la pulak mamat ni.'Camni, kau kenal Ira kan? Budak yang aku selalu jumpa tu.''Ya, kenapa dengan dia? kau syok kat dia ek?' Kata Midi dengan senyuman yang agak menyakitkan hati.'Lebih kurang camtu la.Masalahnya sekarang macamana aku nak tahu dia suka aku ke tak,' Harap-harap mamat ni ada la penyelesaian.'La benda senang macam tu pun kau tak boleh fikir ke Ril? Budak sekolah rendah pun tau la. Kau tanya jela dia.Habis cerita.''Yang tu aku pun tahu,aku nak tahu kalau ada cara lain selain dari tanya terus kat dia,'tension betul aku dengan budak Midi ni.'Haa apakata kau uji dia,'dari raut wajah dia tu macam ada sesuatu yang menakutkan je.'Uji macamana? Ujian bertulis ke lisan? hehe,' tiba--tiba aku pulak buat lawak bodoh.'Tu ujian final exam. meh sini aku bagitau plan yang baik punya''Oooo camtu, tapi boleh pakai ke plan kau ni? aku sedikit curiga.'Alah try la dulu. tak cuba mana nak tahu jadi ke tak....

Chapter 8

‘Emm ada apa Abang Aril nak jumpa pagi-pagi jumaat ni? Selalu Abang cakap hari jumaat hari untuk rehat rehat,’ Adoi segannya. Jumpa je dah kena. Hari ni aku dah fikir masak-masak. Aku kena pastikan perasaannya terhadap. Jadi nak taknak aku kena pakai jugak plan Midi tu sebab aku dah tak mampu nak fikir cara lain.`Err sebenarnya Abang ada hal penting nak bagitau Ira.’ Macam tak confident je aku ni. Tapi lantaklah.‘Ni mesti sangat-sangat penting kan? Kalau tak, tak mungkin Abang sanggup korbankan masa tidur Abang ni kan,’ Tak habis-habis dia nak kenakan aku. Dahla gelak lama pulak tu. Tensen gak aku camni.’Ira, Abang serius ni.’ Aku buat muka serius. Macam tak jadi je plan Midi ni.’Okey-okey Ira minta maaf ek, janganla buat muka macam tu, takut Ira tau,’ Alahai manjanya. Ni yang payah nak marah dia.`Tapi Abang harap Ira tak terkejut dengan apa yang Abang bakal bagitau Ira ni. Lagi satu Abang nak Ira janji takkan menangis,’ Cool la pulak aku hari ni. Tiba-tiba aku tengok muka dia terus berubah. Dah takde senyum-senyum macam tadi.`Hal apa ni Abang? Kenapa Abang cakap Ira tak boleh menangis?,’ Ada nada kerisauan pada suaranya.`Ira janji dulu dengan Abang baru Abang bagitau,’ Aku semakin menambah suspen dihatinya.`Okey-okey Ira janji, sekarang Abang bagitau Ira apa sebenarnya yang Abang nak cakap dengan Ira hari ni,’ Ai tak sabar-sabar pulak dia ni.`Ira percaya dengan takdir tak?,’ Aku menyoalnya. Mukaku masih lagi serius. Agak susah jugak nak maintain muka camni. Dia nampak macam keliru je.`Abang nak cakap apa sebenarnya ni? Ira tak fahamlah,’ dia nampak macam bingung je.`Ira tahu kan kita semua akan mati suatu hari nanti? Dan kita jugak tak tahu bila kita akan mati,’ Aku pakai dialog yang Midi buat semalam.

`Kenapa Abang tiba-tiba cakap pasal mati ni? Abang janganlah nak takutkan Ira macam ni,’ Muka dia memang dah nampak macam nak menangis. Aku belum cakap isi penting lagi ni. Tu baru intro.`Sebenarnya hidup Abang dah tak lama. Abang ada penyakit barah otak.Paling lama Abang boleh hidup mungkin tinggal 3 bulan je lagi,’ Aku memberanikan diri untuk menyebut ayat yang amat payah ini. Dan jawapan yang aku terima ialah titisan airmatanya. Apa lagi yang aku mampu ucapkan? Apa makna titisan airmata yang mengalir di pipinya itu? Adakah ini bermaksud dia turut menyayangi aku seperti mana aku menyayanginya? `Kenapa baru sekarang Abang nak bagitau Ira? Abang tau tak Ira sayang sangat-sangat kat Abang?’ Dalam esakan tangisnya aku dapat mendengar bait-bait tuturnya perlahan. Terkelu lidahku seketika. Tak kusangka kesannya sampai macam ni sekali. Tapi betul ke dia sayangkan aku? `Sayang ke cinta?’ Aku tak pasti samada aku patut tanya dia macam tu dalam keadaan sekarang.

Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya yang sedari tadi tertunduk. `Kalau Abang nak tahu, sejak pertama kali kita jumpa dulu, hati Ira dah terpaut pada Abang. Sebab tu Ira bagi nombor telefon Ira kat Abang. Tapi takkan lah Ira nak bagitau Abang? Nanti orang cakap Ira ni macam perigi cari timba pulak,’ dia masih lagi menangis. Namun aku tetap dapat merasakan isi hatinya. Dia memang cintakan aku, bukan simpati.`Abang minta maaf banyak-banyak Ira. Abang tak patut buat Ira macam ni,’ Apa lagi nak dikata. Semuanya sudah jelas.`Kenapa Abang minta maaf? Abang tak buat salah apa-apa pun,’ Agak susah untuk aku menerangkan. Kalau aku berterus terang, nanti dia marah aku pulak. Silap-silap dia tak nak jumpa aku lagi.`Biarlah Abang berterus-terang dengan Ira. Sememangnya Abang pun mempunyai perasaan yang sama macam Ira sejak pertama kali kita bersua. Tapi Abang tak tahu macamana nak bagitau Ira. Abang takut Abang Cuma bertepuk sebelah tangan. Jadi Abang guna cara ni untuk mengetahui perasaan Ira terhadap Abang. Semua yang Abang cakap tadi tak betul. Abang takde pun penyakit barah tu,’ Aku dah bersedia nak menerima apa jua hukuman darinya.`Abang ni memang jahat tau,’ Satu tamparan hinggap dibahuku. Agak sakit jugak la. Ganas gak budak ni.`Ira ingatkan betul-betul tadi. Ira macam dah nak pitam tadi tau tak?’ Adoi kena marah pulak. Terima ajelah. Sape suruh aku layan plan yang Midi bagi tu.`Abang dah tak tahu macamana nak bagitau Ira. Abang takut Ira jauhkan diri dari Abang kalau Abang berterus terang dengan Ira. Abang tak nak kehilangan Ira,’ Macam merayu pulak aku. `Betul ke Abang sayangkan Ira?’ Tanyanya padaku. Tapi riak wajahnya macam lain sikit. Tak sedap hati la pulak aku rasa.`Betul, Abang memang sayangkan Ira,’ Dah sampai tahap ni, aku kenala hadapi semuanya.`Kalau macam tu, Abang kena ukir `ARIL LOVE IRA FOREVER’ kat pokok tu,’ Senyuman kat muka dia nampak menakutkan je. Patut la aku tak sedap hati tadi.

`Ish mana boleh Ira, tu hak Universiti. Kena saman Abang nanti kalau kantoi dengan Unit Keselamatan. Ni dah kes vandalisme,’ Ada ke patut dia suruh ukir nama? Malu la aku kalau classmate aku nampak.`Nampak sangat Abang tak sayang Ira, suruh buat benda simple pun Abang tak sanggup,’ dia dah buat muka sedih pulak. Ni yang lemah.`Yelah-yelah Abang buat. Tapi esoklah sebab hari ni Abang tak bawa pisau, macamana nak ukir kalau takde pisau kan?’ berjaya jugak aku dapat alasan untuk mengelak. Dia macam tak puas hati je.`Okey, esok pagi-pagi lagi Ira nak Abang datang ukir,’ macam bos pulak dah. Baru beberapa minit couple. Eh dah couple ke aku ni?`Ira, kita ni dah kira couple ke? ’ Walaupun nampak cam soalan bodoh, tapi aku terpaksa gak tanya.`Abang fikirlah sendiri,’ Tu je jawapan nya beserta senyuman manis. Bagi aku senyuman tu dah cukup sebagai jawapan soalan aku tadi. Terasa dunia seakan diawang-awangan. Patutlah orang cakap couple ni best. Memang best pun. Aku dapat bayangkan hari-hariku yang mendatang diterangi sinar dari bidadariku tersayang...

Data (LY / Baiduri)

Permaisuri
Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia...
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

Di jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu...

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara
Kekal selamanya

Chapter 9

Panggilan telefon dari Yani pagi tadi menyebabkan aku dalam keadaan keliru. Penting sangat katanya. Tapi bila aku tanya apa yang penting, dia kata tak boleh cakap pulak. Misteri betul la. Dahla aku tak pernah bagi nombor telefon aku kat dia. Mana dia dapat? Takkan semua budak junior ada nombor aku kot? Kalau betul la, maknanya aku dah popular la sekarang. Tak sia-sia aku korbankan masa cuti untuk jadi fasi dulu. Hehe perasan la pulak.Berbalik pada cerita budak Yani tadi, katanya nak jumpa aku hari ni jugak. Ni yang buat aku suspen ni. Kang Ira nampak, cemburu pulak dia nanti. Faham-faham jela orang perempuan kan. Tapi dia tak mungkin nampak sebab dia balik kampung. Emergency case katanya. Aku malas nak tanya lebih-lebih. Kang orang cakap aku kongkong dia pulak.Dah dekat 15 minit aku dok menunggu budak Yani tu. Tak muncul-muncul jugak. Ni yang buat aku malas. Asyik aku je yang kena menunggu. Dahla aku paling benci menunggu. Takkan dia bersolek tebal-tebal semata-mata nak jumpa aku kot? Mungkin jugak. Hehe. Tiba-tiba terdengar suaranya menyapa aku dari belakang.

`Sorry bang, saya ada hal sikit tadi, dah lama ke tunggu,’ dia kelihatan tercungap-cungap. Mungkin dia berlari kot tadi.`Eh takdela lama mana, ada la dekat 3hari,’ aku cuba membuat lawak. Ternyata lawak aku menjadi sebab aku tengok dia ketawa.`Abang Aril ni mengarut je, baru pagi tadi Yani call Abang kan?’ dia masih lagi tersenyum.`Yela. Emm ada hal apa yang penting sangat Yani nak jumpa Abang ni? Aku dah malas nak berlengah-lengah sebab dari tadi hati aku asyik berdebar-debar je. Tak tahu la kenapa.`Hal ni memang penting. Mula-mula Yani malas nak campur hal Abang dengan Ira, tapi bila Yani fikir-fikir balik, Yani mesti beritahu Abang jugak,’ tiba-tiba nadanya menjadi serius. Hal aku dan Ira? Apa sebenarnya ni? Macam nak meletup rasanya jantung aku ni.`Hal apa ni Yani? Macam serius je,’ aku cuba kontrol suaraku yang dah semakin bergetar.`Sebelum tu Yani nak tanya, Abang serius ke dengan Ira?’ Apa punya soalan ni? Kenapa dia tiba-tiba tanya macam ni? Salah ke aku bercinta dengan Ira.`Yani, Abang betul-betul sayangkan Ira. Abang ikhlas cintakan dia. Kenapa Yani tanya macam ni? Boleh jelaskan biar terang tak? Abang dah confuse ni,’ aku sudah semakin tidak sabar.`Abang yakin ke Ira betul-betul sayangkan Abang? Soalan maut lagi. Yani ni nak bunuh aku ke? Kenapa dia nak buat aku macam ni.`Yani, boleh tak jangan berbelit-belit macam ni? Cakap je apa yang Yani nak cakap,’ aku sudah tak dapat menahan sabar.

`Baiklah. Biar Yani terus terang. Abang tahu kan Yani kawan dengan Ira sejak sekolah lagi kan? Banyak betul la soalan budak ni. Cakap jela terus. Disebabkan malas nak menjawab aku mengangguk je.`kami memang rapat sejak dulu lagi. Segala rahsia dia, ada pada Yani. Tak ada apa yang kami selindungkan. Abang tahu tak Ira ada boyfriend sebelum dia masuk U ni? Terasa semacam panah menusuk jantungku. Biar betul?`Sebulan sebelum dia masuk U, diorang dah clash. Tapi yang Yani bimbangkan ialah sebab diorang dah couple lama. Dekat 3tahun jugak la. Diorang clash pun sebab lelaki tu yang curang. Walaupun Ira cakap dia dah lupakan lelaki tu, tapi Yani yakin dia masih sayangkan lelaki tu. Baru-baru ni Ira cakap lelaki tu cuba hubungi dia. Dia nak sambung balik,’ panjang lebar penerangan yani. Namun aku dah terkaku. Seakan dunia esok telah tiada.`Yani bukan nak susahkan Abang. Yani pun serba-salah sebab Abang dengan Ira, dua-dua pun kawan Yani. Yani sebenarnya gembira bila Abang cople dengan Ira sebab Yani dapat rasa Abang ni baik dan takkan curang seperti bekas kekasihnya. Tapi hati manusia tak siapa boleh duga bang. Yani Cuma harap Abang dapat fikir masak-masak. Pastikan Ira betul-betul cintakan Abang. Kalau tidak Abang jugak yang akan terluka nanti...

Aku cuma mampu mengangguk lemah. Tiada sepatah kata mampu aku keluarkan. Yani pun faham dengan keadaanku. Dia banyak memberi kata-kata semangat buatku.Malam itu sekali lagi aku merenung kipas yang berpusing. Fikiranku melayang entah kemana. Resahku tidak jua hilang. Puas sudah aku cuba melelapkan mata. Namun mata ini tetap segar. Bermacam-macam perkara buruk aku fikirkan. Bagaimana kalau apa yang Yani cakap tadi betul? Lagipun tak ada sebab dia nak tipu aku. Tak ada faedahnya. Adakah Ira balik kampung untu berjumpa semula dengan bekas kekasihnya. Adoi kust aku dibuatnya. Kenapalah susah sangat nak dapat kebahagiaan? Baru je aku bermimpikan pelangi indah, mengapa tiba-tiba ribut melanda? Huh......

Chapter 10

Sekali lagi masalah melanda. Betullah kata orang, kalau bercinta ni tak sah kalau tak ada masalah. Resah betul aku. Kalau betul apa yang Yani cakap tu macamana? Takkan aku nak diamkan je masalah ni? Sampai bila-bila pun tak akan settle. Aku kena fikir kan jugak macamana nak buktikan yang Ira betul-betul sayangkan aku. Nak tanya direct, aku tak berani pulak. Takut tersalah cakap, cinta entah kemana, Ira entah kemana. Pening aku dibuatnya. Nak tanya Midi, aku segan pulak. Asyik susahkan dia je. Nak tanya nabil, kang dia cakap lu pikir la sendiri pulak. Huh....Dan hari ni aku dah jumpa cara penyelesaiannya. Aku dah fikir masak-masak. Apa nak jadi, jadilah. Asalkan aku dapat tidur lena lepas ni.
`Eh Ira cuba tengok iklan ni,’ aku berlakon je. Padahal dua hari lepas aku dah perasan iklan ni.`Iklan apa Bang, menarik ke? Selalu Abang buat tak nampak je iklan-iklan ni,’ amboi-amboi sempat lagi ngata aku tu.`Ni iklan trip sehari ke Penang. Jom kita pergi sana, nak?’ mintak-mintak la dia setuju. Ni je plan yang aku dapat fikirkan. `Ai kenapa Abang tiba-tiba minat nak jalan-jalan kat penang ni?’ banyak soal pulak dia ni.`Ala apa salahnya. Lagipun kita tak pernah pergi jalan-jalan jauh sikit. Asyik lepak kat Alor Setar je bosan jugak. Murah je ni.Jom la sayang,’ Ayat kena power beb.`Yela-yela. Sehari je kan?’ macam tak sudi je.`A’ah sehari je. Bertolak pagi, malam balik la. Ira ada hal ke sabtu ni? Tiba-tiba aku rasa cemas pulak. Selalu rilek je. Ni Yani punya pasal la.`Tak de apa la. Ira setuju je. Ira pun dah lama tak jalan-jalan kat Penang,’ jawapan beserta senyuman.

Kalau dulu mungkin aku dah melompat kegembiraan, tapi sekarang aku tak dapat nak tafsirkan senyuman itu. Ikhlas ke dia? Sukar bak digambarkan perasaan aku sekarang. Gembira pun ada, takut pun ada jugak. Semuanya bercampur baur menjadi suatu perasaan yang menyesakkan dada. Tapi aku tabahkan hati jugak. Sabtu ni akan menentukan segalanya. Aku hanya mampu berserah. Andai tiada jodoh antara aku dengannya, apa yang boleh aku buat. Tuhan dah tentukan segalanya. Aku sebagai hamba hanya mampu berdoa agar dikurniakan kekuatan untuk aku menghadapi segala dugaan dari-Nya. Berbalik pada plan aku tadi, step pertama dah beres. Dia dah setuju. Tunggu step kedua bila masa nak bertolak ke penang nanti. Aku akan pastikan sedalam mana perasaan cintanya padaku biarpun aku harus terjun dari jambatan Pulau Pinang tu. Eh biar betul aku ni....?

Dinamik - Biar Putih Tulang

Langkah terhenti
Degup jantung berderai
Terus menanti seribu tahun lagi
Rela aku begini dalam suasana yg sepi
Walau tersembuyi di malam gelap gelita

Mendung hadiri bumbung telah kubina
Yakin diriku tahu engkau menjelma
Terbakar dalam hujan
Mustahil bagi diriku
Banjir dalam kemarau
Takdir yang akan memastikan

Hajat di hatiku ingin mencapai bintang
Biar beribu batu
Daya aku tak mampu

Patah pujangga biar putih tulang
Jangan putih mata dan kecewa
Biar pun hilang kemana pun jua
Namun semangat ku tetap bersamamu

Chapter 11

Segalanya berjalan dengan lancar. Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Hari ni aku akan bertolak ke Penang dengan Ira. Semuanya akan ditentukan hari ini. Rasa berdebar-debar pun ada jugak. Lantakla. Apa nak jadi, jadilah. Dah seminggu aku tak tidur lena sampai kena sound dengan lecturer sebab tidur dalam kelas. Buat malu je. Okey, masanya dah tiba. You can do it Aril! Action!

‘Erm Ira kenapa termenung je ni?’ Pelik aku tengok dia ni. Dari mula bas bertolak dia asyik pandang luar je.`Takde apelah Bang. Saja je Ira nak tengok pemandangan kat luar. Cantik kan sawah padi kat Kedah ni,’ jawabnya ringkas. Adoi tengok sawah la pulak. Habis aku kat sebelah ni nak buat ape?`Ira suka tengok pemandangan ek? Abang pun suka jugak,’. Itu je yang aku balas sebab lepas tu aku tertidur dalam bas....

Bila aku sedar je, kitorang dah sampai Penang pun. Alamak aku nak tengok jambatan Pulau Pinang. Dah lama tak tengok. Kenapala Ira tak kejut aku tadi. Eh, bukan ke aku ada misi penting hari ni? Jambatan tu bila-bila masa boleh tengok, bukan dia boleh lari pun. Trip hari ni memang seronok. Pertama kali aku tengok Ira happy semacam je. Tak macam pagi tadi. Penat jugak la aku nak melayan kerenah dia. Semua tempat dia nak tengok. Akhirnya kami tiba di destinasi yang aku tunggu-tunggu, Bukit Bendera. Puncak bukit ni memang best. Boleh tengok seluruh Penang. Tapi yang lecehnya naik kereta kabel. Slow mengalahkan kura-kura. Aku bukannya nak tengok pun hutan belantara ni. Aku nak cepat-cepat menuju puncak. Dah macam lagu AF pulak.hehe.

`Wah cantiknya pemandangan kat sini Bang,’ Ira tiba-tiba berteriak macam budak kecik. Nasib baik tak kuat sangat. Tapi yang tu la membuatkan dia lebih cute. Alangkah bertuahnya aku. Jangan leka Aril, ko ada misi nak diselesaikan. Kalau tak sia-sia je aku merancang semua ni.`Mestilah cantik. Sebab tu Abang bawak Ira datang sini.’`Thanks Abang sebab bawak Ira datang sini. Kalau tak, entah bila la Ira boleh sampai sini,’ senyuman tak lekang dari bibirnya sejak dari tadi lagi. Senyuman tu membuatkan aku lebih nervous. Takut pun ada jugak.

`Alah Ira kan kekasih hati Abang, kalau Ira nak pergi Bulan pun Abang boleh bawa,’ dia tergelak mendengar lawak dariku. Senang betul nak buat dia gelak.`Ada-ada je Abang ni. Buat apa Ira nak ke bulan?,’ soalnya kembali.`Manalah tahu kot-kot Ira berminat nak ke sana. Emm, Abang nak tanya sikit boleh tak?,’ tiba-tiba dia terdiam.`Abang ni macam baru kenal Ira je, tanya ajelah,’ Aku memang boleh tanya macam tu je, tapi dalam hati ni rasa macam nak meletup.`Ira pernah bayangkan tak suatu hari nanti Abang akan tiba-tiba hilang dalam hidup Ira? Serta merta riak wajahnya berubah. Dia memandang tepat kearah mukaku. Aku pulak yang cuak tiba-tiba.`Abang, boleh tak jangan buat lawak macam dulu lagi? Lawak macam tu sekali je berkesan tau,’ dia nampak macam marah je.`Abang saja je nak tau jawapan Ira. Kita semua tak tahu bila kita akan mati kan?’`Memanglah. Tapi tolonglah jangan cakap perkara macam tu. Abang pun tahu kan Ira sayang sangat kat Abang. Hati Ira dah mula rasa sayang yang mendalam terhadap Abang. Abanglah pengubat hati Ira, Abang juga yang telah menceriakan hidup Ira sekarang. Ira tak sanggup untuk kehilangan Abang.’ Sayu hati aku mendengar luahan Ira. Malah aku dapat melihat ada titisan airmata bergenang di kelopak matanya. Maafkan Abang sayang,kerana meragui kejujuranmu.

`Abang minta maaf Ira, Abang tak bermaksud untuk buat Ira sedih.’ Rasa bersalah pulak aku sebab tanya soalan tu.`Tak apelah bang. Abang jom tangkap gambar kat sini,’ dia dah kembali ceria.`Okey...’Perjalanan diteruskan lagi. Banyak jugak tempat yang kami lawati. Penat tak payah cerita la. Nasib baik ada bidadari kat sebelah. Akhirnya malam menjelma. Kami akan berangkat pulang. Tapi pihak penganjur kata kitorang akan balik ke sana dengan feri. Ni peluang yang aku tak duga langsung. Romantik betul naik feri waktu malam. Aku dapat tengok lampu-lampu berkelipan di serata Penang.
`Abang tengok tu, cantik kan? Katanya sambil menuding ke arah suatu tempat yang dipenuhi lampu berwarna-warni. Aku pun tak pasti kat mana tempat tu sebab nampak lampu je.`A’ah memang cantik, tapi Ira lagi cantik,’ Alamak bila masa aku jadi mat bunga ni?`Abang ni nakal tau. Sejak bila Abang belajar bodek-bodek orang ni?’ katanya sambil tersenyum malu.`Mana ada belajar, ni bakat semulajadi. Saje je tak nak tunjuk kat Ira,’ Balasku sambil buat muka perasan bagus.`Oooo mesti Abang ni Playboy dulu kan?’ Kan dah kena. Ira ni memang tak boleh buat main-main. Aku ni dia kata playboy? Awek pun baru dapat tahun ni.`Ish tak baik tuduh Abang macam tu. Abang ni dalam kategori lelaki setia tau. Kalau tak caye tanya Abang.hehe,’ dia turut sama gelak. Gembira betul rasanya.`Abang cantik kan bulan malam ni, bulan mengambang penuh,’ Aku memandang bulan di atas.
 Memang cantik sampai bayangnya boleh tengok dalam air.`Tadi abang nak bawa Ira ke Bulan, Ira cakap tak nak,’ Aku cuba menyakatnya lagi.`Abang ni, kat bulan tu tak cantik. Tengok dari jauh je cantik,’ tiba-tiba satu cubitan manja hinggap di lenganku. Aku yang terkejut tiba-tiba menjerit sampai menarik perhatian penumpang lain. Malu siot...`Sakit la Ira,’ aku buat-buat muka sedih sambil membelek-belek bekas cubitan Ira kat lengan aku.`Haa padan muka. Lain kali buat la lagi,’ balasnya kembali dengan senyuman.

`Yela-yela. Ira pandang sini jap,’ Inilah masanya.`Kenapa?’ Ira memandangku dengan penuh kehairanan.`Sudi tak Ira jadi permaisuri hidup Abang untuk selama-lamanya....? Dia kelihatan terkejut. Agak ternganga mulutnya. Mungkin dia tak menyangka aku akan tiba-tiba melamarnya malam ni. Aku berdebar-debar menanti jawapan darinya. Macam budak sekolah tunggu result SPM keluar je rasanya.`Emm..’ dia mengangguk sambil tersenyum lebar. Aku rasa ni senyuman dia yang paling manis pernah aku tengok. Gembira bukan kepalang rasanya. Lega macam dapat langsaikan hutang sejuta. Rasanya nak aje aku peluk dia waktu tu. Tapi agak-agak la kan,ni tempat public.Dan dengan itu termeterailah sebuah janji bersaksikan bulan purnama....

Chapter 12

Episod drama sedih pilu dah habis. Sekarang hati aku lega-seleganya. Aku tak perlu tanya Ira lagi tentang apa yang Yani cakap Hari tu. Dah memang terbukti Ira betul-betul cintakan aku. Kenangan di Penang terpahat kukuh dihatiku. Bila aku tegok balik gambar-gambar yang kami tangkap hari tu, aku rasa macam nak ulang sekali lagi je. Ingat lepas ni nak ajak Ira melancong kat Langkawi pulak. Tapi bajet tak cukup la. Tangguh untuk semester depan la.Plan aku berjalan lancar. Aku sebenarnya ajak Ira pergi trip sehari ke Penang untuk memastikan dia ada boyfriend lain ke tak. Kalau ada mestilah dia akan hubungi Ira pada hari tu. Paling kurang pun sekali sehari. Tapi hari tu tak sekali tu handphone Ira berbunyi. Aku bersama dengan dia dari pukul 7pagi sampai 12malam. Jadi aku anggap dia memang tak ada orang lain selain aku.Lagi satu, layanannya hari tu cukup memuaskan hati. Rasa macam putera raja pun ada. Aku dapat rasakan rasa cintanya padaku. Lebih-lebih lagi time kat bukit bendera. Dia hampir menangis apabila aku sebut tentang mati dan perpisahan. Tu tandanya dia sayangkan aku.Dan akhir sekali jawapannya ketika aku melamarnya di atas feri. Semua ni cukup membuktikan yang dia memang cintakan aku. Sekarang aku dapat menepis segala tanggapan-tanggapan buruk aku selama ni. Hari ni aku keluar makan tengahari dengan Ira seperti biasa.

`Abang, tolong tengokkan beg Ira kejap. Ira nak ke toilet jap.’ `Okey, take your time my dear.’ Biasalah perempuan. Kejap-kejap mesti nak pergi toilet. Tiba-tiba handphone Ira berbunyi. Bila aku fikir-fikir balik, aku tak pernah pun explore handphone dia. Gerak hati aku tiba-tiba membuak-buak untuk tengok dan explore handphone dia. Tengok ajelah. Lagipun aku bukannya orang lain. Aku ada hak untuk tengok handphone dia. Manalah tahu ada hal penting. Boleh aku inform dia cepat-cepat.Dengan penuh debar aku membuka begnya dan mengambil handphone miliknya. Ada 1 mesej baru.
From....`What the......?’

Irwansyah&Acha - My Heart

Di sini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Disini surga kita

Bila kita mencintai yang lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang

If u love somebody
Could we be this strong?
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn't risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart

Chapter 13

Peristiwa petang semalam masih segar di ingatanku. Peristiwa yang agak menyesakkan dada dan kepala otak aku ni. Rasanya sukar untuk aku mempercayai apa yang telah berlaku. Namun realiti tak seindah impian. Aku hanya mampu bermimpi, namun realtinya cukup pedih. Dan sekali lagi peristiwa itu menerjah ke fikiranku...

From: AbAnG sAyAnG

-Ira sory sgt2..Abg busy sket mggu lps smpai xsmpt lgsg nk call syg.... nnt mlm ni Abg call,k. Luv u....-

Apa makna semua ni? Nak kata salah send, dah sah-sah ada nama pengirim. Rasa panik aku seketika. Nak pitam pun ade gak. Apa yang sebenarnya sedang berlaku ni? Nak kata aku tengah bermimpi, rasa sakit pulak bila aku mencubit pipiku ni. Tiba-tiba...

`Abang buat apa tu,’ rupanya Ira dah ada dibelakangku. Tanpa aku sedari, handphone Ira terlepas dari genggamanku. Tapi nasib baik jatuh atas meja je, jadi tak lah rosak. Ira segera mencapai handphonenya. Aku tengok mukanya mula berubah. Dah tak ada senyuman manis lagi. Yang ada Cuma wajah yang aku tak mampu aku tafsirkan.`Apa makna semua ni Ira? Siapa yang hantar mesej tu?’ mana mungkin aku berlagak cool dalam situasi seperti ini lagi? Aku perlu mengetahui jawapannya sekarang jugak untuk mengurangkan debar di dada yang kian membuak-buak.Namun jawapan yang aku terima ialah renungan darinya tepat ke arah mukaku. Aku tak mampu meneka apa yang tersirat di hatinya ketika itu. Aku tak pernah lihat ekspresi wajah Ira seperti ini. `Maafkan Ira Abang,’ Cuma tiga patah perkataan yang terbit dari mulutnya. Namun jawapan itu dah cukup untuk membuatkan hatiku remuk. Punah segala impian yang aku cipta selama ni. Mengapa semua ni harus berlaku? Namun aku teruskan jugak untuk mendengar penjelasan sepenuhnya darinya.`Bagitau Abang apa maksud semua ni Ira,’ aku cuba menahan getar di jiwa. Tatkala ini hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya hatiku.

`Sebenarnya Ira dah sambung balik dengan ex-boyfriend Ira dulu...’ mudahnya dia berkata-kata. Apakah cintaku ini tiada nilai dimatanya?`Habis tu kenapa Ira masih teruskan hubungan kita? Kenapa Ira tak berterus terang dengan Abang dari awal-awal lagi?’ nadaku sedikit meninggi. Namun aku masih cuba untuk menahan segala kemarahanku.`Maafkan Ira Abang, Ira tak mampu buat keputusan. Ira sayangkan Abang dan dia. Ira tak tahu mana satu yang harus Ira pilih. Maafkan Ira bang,’ katanya dalam nada sayu. Ada titisan air mata di kelopak matanya. Namun mampukah aku mempercayai air mata itu lagi sedangkan lakonannya sebelum ini sangat hebat sehingga aku tidak mampu melihat rupa sebenarnya. Ikhlaskah dia menyintai ku? Bertubi-tubi soalan menyerang benak fikiranku yang menyebabkan aku hampir tak mampu untuk berfikir lagi. Lalu aku mengambil keputusan yang aku rasa paling wajar iaitu meninggalkan dia tanpa sebarang kata penyudah. Aku tak tahu apa akan terjadi sekiranya aku mendengar keseluruhan ceritanya nanti.

Kini aku masih termenung sendirinya melihat kipas di bilikku. Inilah kerja yang aku lalukan sejak balik petang semalam. Penat jugak berfikir. Ira berkali-kali cuba menghubungiku. Namun aku tak mampu untuk menjawabnya. Hatiku terasa amat pedih. Kerongkong terasa kering untuk bersuara. Alih-alih aku suruh Midi je jawabkan untuk aku. Setelah puas berfikir dan bertanya pendapat Midi, aku kemudiannya membuat satu keputusan yang aku rasakan paling wajar sebagai seorang lelaki sejati....

Chapter 14

Akhirnya aku mendapat jugak kekuatan untuk bersemuka dengan Ira. Biarlah aku leraikan segala kekusutan yang menghantuiku hari ini juga. Aku sudah penat berfikir, sudah penat termenung dan sudah puas mengeluh. Biarlah aku tamatkan segalanya hari ni. Ira nampaknya tiba lebih awal daripada aku. Mungkin dia juga merasakan tekanan yang aku rasakan sekarang. Dia memakai baju kurung yang pernah dipakainya sewaktu kali pertama aku bertemu dengannya pada minggu orientasi pelajar baru. Pakaian itu membuatku teringat kembali kisahku bertemu seorang bidadari yang kufikir mampu membuatkan hidupku kembali ceria. Namun itu semua kisah lama. Ira yang berdiri di hadapanku sekarang bukanlah bidadari yang pernah kupuja suatu ketika dahulu.

`Assalamualaikum,’ aku menyapanya. Namun nadaku tidak lagi seperti dulu.`Wa’alaikummusalam,’ lemah jugak jawapannya.`Ira ape khabar,’ Aku benci betul dengan perasaan ni. Seakan ada suatu penghalang antara aku dengannya.`Ira sihat. Abang macamana? Ira nampak Abang macam tak cukup tidur je,’ memang aku tak cukup tidur pun. Bak kata zamani dalam lagunya malamku kesiangan. Macamana nak tidur?`Abang tak ade ape-ape lah. Emm tujuan Abang ajak Ira jumpa hari ni untuk jelaskan status hubungan kita,’ aku boleh tengok ada perubahan pada riak wajahnya. Seaakan-akan dia tak sanggup untuk mendengar apa yang aku katakan nanti.`Abang dah fikir masak-masak. Abang rasa Abang tak mampu lagi untuk teruskan hubungan yang tak tahu kemana arahnya ni,’ dia masih lagi membisu. Setelah beberapa ketika, dia mula bersuara.

`Abang dah benci Ira ke?’ soalan yang ringkas. Namun aku tak mampu untuk menjawabnya. Bencikah aku padanya.`Ira ambil surat ni. Dalam ni Abang dah jelaskan segalanya,’ aku menyerahkan sekeping surat yang aku karang dari malam hingga ke pagi. Tak tahulah kenapa aku tiba-tiba rajin. Sebab tu jugaklah aku tak tidur semalaman.`Abang dah tak nak jumpa Ira lagi ke lepas ni?’ kenapa dia masih terus bermain drama dengan aku? Belum puaskah dia sakitkan hati aku?`Abang rasa baik kita jangan jumpa lagi selepas ni, untuk kebaikan kita berdua jugak,’ sebaik sahaja aku menghabiskan ayat itu, aku terus berpaling dan meninggalkannya. Aku tak mampu lagi menahan sebak di dada. Peritnya sebuah perpisahan...

Ketika aku sedang melintas jalan, tiba-tiba aku terdengar laungan Ira yang memanggil namaku berkali-kali. Ketika aku menoleh, aku ternampak sebuah kereta sedang meluncur laju. Namun Ira tetap berlari ke arahku tanpa menyedari kehadiran kereta itu. Tiba-tiba.... BAM!Sekujur tubuh terbaring di atas jalan. Mengapa begini kesudahannya...?

6ixth Sense – Tanpa

Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa... Cintamu aku resah
Tanpa... Kasihmu aku hampa
Tanpa.... Dirimu aku mati

Kini berat benar kurasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti

Takut aku jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpa menunggu mati

Chapter 15

Kepadamu kekasih hati,

Berat rasa hati Abang semasa menulis surat ini. Seribu satu perasaan yang menyesakkan dada dan fikiran ini. Namun setelah difikir dengan sematangnya, Abang telah membuat satu keputusan yang Abang rasa paling wajar dalam keadaan ini.

Ira,

Pertama sekali ingin Abang ucapkan jutaan terima kasih kerana Ira pernah hadir dan membahagiakan hidup Abang walaupun untuk sekejap cuma. Jujur Abang katakan waktu itu adalah waktu yang sangat menggembirakan dalam hidup Abang. Setiap hari, Abang bangun dengan azam baru, dengan semangat baru. Semuanya kerana Ira. Senyuman Ira yang pernah Abang gelarkan sebagai `senyuman bidadari’ membuatkan hati Abang sentiasa berbunga-bunga indah. Hidup Abang terasa telah lengkap. Segalanya seakan mimpi.

Kekasihku,

Setiap manusia hanya mampu merancang, namun Tuhan yang menentukan segalanya. Jodoh , maut, Dia yang tentukan. Walaupun agak terkejut dan sangat-sangat kecewa, namun Abang cuba sedaya upaya untuk menerima takdir yang telah ditentukan. Abang juga faham soal cinta bukanlah suatu yang boleh dipaksa.Segalanya bermula dari hati. Sekiranya hati mula sangsi, maka tiada guna kita teruskan hubungan ini. Ianya hanya merugikan kita berdua.

Sayangku,

Abang relakan perpisahan ini seadanya. Abang sanggup undurkan diri demi kebahagiaan Ira. Dan Abang juga tahu cinta pertama sukar dilupakan. Bukan niat Abang untuk lukakan hati Ira, namun inilah keputusan yang terbaik. Ternyata Ira memang tercipta untuknya, bukan untuk Abang. Abang harap Ira terimalah keputusan ini sepenuh hati. Biarlah Abang korbankan cinta ini untuk kebahagiaan Ira.

Bidadariku,

Abang harap Ira tidak menyalahkan Abang kerana membuat keputusan ini secara tiba-tiba. Sesungguhnya berat hati ini untuk melepaskan Ira setelah nama Ira terpahat kukuh di hati ini. Namun fikiran yang waras menyatakan bahawa ini adalah apa yang sepatutnya Abang lakukan. Cuma satu yang Abang ingin nyatakan, Abang tidak pernah membenci Ira. Tapi Abang tidak mampu lagi untuk berdepan dengan Ira. Abang takut Abang tidak mampu membendung perasaan cinta yang masih membara di hati ini. Akhir kata, Abang mendoakan kebahagiaan Ira walau dimana Ira berada. Semoga Ira akan memperolah apa yang Ira impikan. Ah air mata ini menitis lagi. Entah mengapa air mata ini sukar untuk berhenti. Cuma satu permintaan Abang, simpanlah segala kenangan kita. Selalulah jenguk `pokok kita’ sebab selepas ini Abang akan pergi jauh. Terima kasih untuk segalanya....

With love
Aril....

Sudah kali keberapa dia membaca isi kandungan surat itu. Namun air mata tetap menitis. Entah mengapa hiba di hatinya masih terasa. Penyesalan tak mampu lagi diluahkan dengan kata-kata. Segalanya berlaku dengan pantas. Mengapa Aril harus menyelamatkannya? Kan lebih kalau dia yang `pergi’. Kenapa dia harus berada di sini untuk meratapi pemergiannya? Dan sekali lagi peristiwa pagi tadi kembali menerjah di fikirannnya...

`Ira awas kereta!!!’ sewaktu dia mendengar amaran dari Aril, dirinya sudah terkaku di tengah jalan. Tiada apa yang mampu difikirkan kecuali maut yang semakin menghampiri. Namun tiba-tiba dirinya terasa ditolak sehingga terjatuh di bahu jalan. Tetapi tubuh Aril terpelanting akibat dilanggar kereta tersebut. Lalu dia segera mendapatkan Aril yang kelihatan nyawa-nyawa ikan. Malangnya nyawa Aril telah sampai ke penghujungnya. Tapi dia sempat menghadiahkan satu senyuman buatnya walaupun dalam keadaan nazak. Tiada apa yang mapu dilakukan selain meraung memanggil nama seseorang yang telah pergi buat selamanya....

Chapter 16 (Final - Epilog)

Entah mengapa hatinya amat berat untuk meninggalkan pusara ini. Masih terasa kewujudan dirinya dimanamana. Segalanya gurau sendanya terngiang-ngiang di telinga. Sesungguhnya dia mula merasa rindu yang semakin menyeksa.`Abang maafkan Ira. Ira telah mengkhianati cinta suci Abang. Kenapa Abang selamatkan Ira? Sepatutnya Ira yang patut menerima hukuman ini. Ira yang bersalah, Ira yang telah melukakan hati Abang. Kenapa Abang terlalu baik?’ dirinya tidak mampu lagi menahan sebak. 

Perasaan bersalah seperti terasa membunuh jiwanya. Namun apakan daya. Seseorang yang telah mati tidak mungkin dapat dihidupkan kembali. Biar seribu kekesalan tak mungkin akan mengubah realiti, realiti yang Abang Aril telah pergi buat selamanya. Sesungguhnya dia amat merasakan kehilangannya. Betullah kata pepatah, kita akan menghargai seseorang apabila dia sudah tiada lagi dalam hidup kita. Dan itulah juga yang disebut sebagai rindu....`Abang, Ira rindukan Abang... Ira berdoa semoga Abang tenang berada disana. Ira tidak akan melupakan Abang buat selamanya.... biarlah pokok kita ini mengukir sejarah cinta kita buat selamanya......’

Amy search - Tiada Lagi...

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
andai hati
Selalu berbeda...

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa
Didalam dada...

Sedaya kita masih bersatu
Tak mungkin kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai disini...

Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri
Tanpa dirimu...

Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi kubersamamu
Biarku simpan semua
Kenanganku bersamamu...
.:EnD:.