Owner ![]() who I am ![]()
| 7 rombongan iblis di saat sakaratul maut
![]()
Iblis akan sentiasa mengganggu
manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani
hingga ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat
iaitu ketika sakaratul maut.
Iblis
mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan
rombongan.
Hadith
Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya
Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut.
"
Rombongan 1
Akan
datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta
sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam
sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada
barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu,
pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh.
Inilah
yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati
fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan
datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri
sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang
berbisa. Yang apabila orang yang sedang sakaratul maut itu memandang ke
binatang itu, maka dia pun menjerit dan melompat sekuat hati.
Maka
seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu
disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT,
matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Akan
datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu
dengan menyerupai binatang kesayangannya.
Apabila
tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu
dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam
golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan
Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan
datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang
akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam
sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada
musuh yang dibencinya itu.
Maka
sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik,
dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan
datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu,
seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di
dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun
menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si
ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan penuh kasih
"Wahai
anakku inilah saja makanan dan bekal yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah
bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya
kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga. "
Maka
dia pun sudi mengikut tawaran itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu
matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal di dalam
neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan
datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak
kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah kami menunggu
akan dikau, ternyata kamu sedang sakit di sini, kerana itu kami bawakan kepada
kamu doktsr dan ubat untukmu. " Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah
rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang lagi.
Lalu
datang pula Iblis yang menyerupai ulama' dengan berkata: "Kali ini kami
datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik,
tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata
orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu. "
Berkata
ulama' Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama' yang tinggi dan
hebat, baru saja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak
mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. "
Ketika
itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan
dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga
palsu yang dibentangkan oleh Iblis untuk tujuan menggoda orang yang sedang
dalam sakaratul maut).
Kemudian
orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama' palsu:
"Bagaimanakah
Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu
berkata ulama' palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka
kepadamu. "
Ketika
tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang
yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar,
seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata
Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah. "
Berkata
orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang
benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai enam sisi, iaitu benda besar ini
ada kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawah, mempunyai depan dan belakang.
Sedangkan
Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat
kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu.
Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini. "
Dalam
keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka
matilah orang itu di dalam keadaan kafir dan kekal di dalam neraka dan
terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan
Iblis yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab dari menjadi 72 barisan
ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad S.A.W bahawa umat Muhammad akan
terbahagi kepada 73 barisan). Satu barisan/golongan yang benar iaitu ahli
sunnah waljamaah, 72 yang lain masuk ke neraka karena sesat.
Ketahuilah
bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang
setiap satu berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut.
Oleh
kerana itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia
akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis
dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh menggoda orang yang sedang
dalam sakaratul maut.
|