Pengalaman Salih Al Mazi .
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik
untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk
waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil
membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan
waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al
Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak
berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi
kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang
ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap
seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda
yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam
kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu
sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau
lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya
pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu
?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu
berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.
Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah
berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk
anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat
apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak
menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama
dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda
menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al
Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana
kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal
mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang
merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul
dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia
berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat
keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat
untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu
bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar
dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini
dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan
melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih
hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin
sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya
semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda
tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid
jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di
perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli
kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih
seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang
cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati
Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah
membalas kebaikanmu itu.
" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat."
katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al
Maizy.
"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di
udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini,
yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa
gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah
dan doa dari ibunya.
* Gunakan lah kelebihan teknologi sebaik mungkin
kerana teknologi memberi kita kemudahan untuk berdakwah dan mempertingkatkan
ilmu didada. Sebarkanlah ilmu Allah seluas yang mungkin kerana setiap ilmu
yang disebarkan akan membantu kita diakhirat kelak.
|